WASHINGTON, 20 Julai - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) hari ini menahan 16 orang atas tuduhan mengambil bahagian dalam serangan siber termasuk cubaan melumpuhkan laman web eBay, PayPal sebagai hukuman kerana menjatuhkan pelanggannya, WikiLeaks.
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan 14 orang di sini dan sembilan negeri lain atas kesalahan menyerang laman web tersebut yang berlaku Disember lalu yang didakwa dilakukan oleh kumpulan penggodam Anonymous.
Ia merupakan tindakan terbesar pihak berkuasa yang kebelakangan ini sering menghadapi serangan siber berprofil tinggi.
Institusi kewangan seperti PayPal, Visa dan MasterCard menarik balik perkhidmatan untuk WikiLeaks tahun lalu selepas laman web tersebut menerbitkan laporan rahsia yang memalukan diplomatik AS sekali gus merenggangkan hubungan antara Washington dan banyak sekutunya.
Menurut dakwaan yang difailkan di mahkamah persekutuan San Jose, California, penggodam yang bertindak balas dengan apa yang digelar 'serangan perkhidmatan penafian' menyerang laman-laman web syarikat tersebut dengan meminta maklumat dan menjadikan penggunanya tidak sah.
Seramai 14 individu tersebut didakwa atas kesalahan konspirasi yang membawa kepada penjara maksimum lima tahun, dan maksimum 10 tahun atas kesalahan kerosakan yang sengaja dilakukan ke atas komputer yang dilindungi .
Tertuduh berumur antara 20 hingga 42 tahun dan tinggal di Alabama, Arizona, California, Colorado, daerah Columbia, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "