/

PBB ramal Malaysia jadi 'negara tua' pada 2030

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan Malaysia menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencakupi 15 peratus daripada jumlah penduduknya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bilangan warga emas di Malaysia adalah seramai 2.1 juta atau 7.3 peratus daripada keseluruhan penduduk, ketika ini.

Menurutnya, jangka hayat penduduk juga diramalkan bertambah daripada 72.6 tahun pada tahun lalu kepada 74.2 tahun pada 2020 bagi kaum lelaki, manakala jangka hayat wanita pula meningkat kepada 79.1 daripada 77.5 tahun bagi tempoh yang sama.

'Ini dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan taraf kesihatan penduduk,' kata beliau semasa menjawab soalan Senator Noriah Mahat, di Dewan Negara, di sini, semalam.

Datuk Seri Shahrizat berkata kementeriannya, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, telah menubuhkan Rumah Seri Kenangan untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif.

Katanya, sehingga 31 Mei lepas, terdapat sembilan Rumah Seri Kenangan di seluruh negara itu yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada 1,942 orang penghuni. - Bernama.

 

+

 

35 juta penduduk tahun 2020

KUALA LUMPUR - Populasi Malaysia dijangka mencecah 35 juta orang menjelang tahun 2020, jika mengambil kira trend keluarga nukleus generasi kini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Kita tidak menetapkan sebarang sasaran. Namun, berdasarkan kadar dan trend pada masa ini, yang menyaksikan unit keluarga lebih kecil (berbanding generasi sebelumnya), kita sepatutnya mencecah jumlah 35 juta orang menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kependudukan Antara­bangsa 2011 di sini semalam.

Populasi Malaysia kini seramai 27 juta orang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata ketika ini, sebanyak 9.9 peratus daripada populasi Malaysia berusia 60 tahun ke atas, dan jumlah ini akan meningkat kepada 15 peratus menjelang 2030.

Shahrizat berkata, sebagai persediaan awal bagi berdepan situasi 'negara menua', kementerian akan mengemukakan kertas cadangan berhubung perkara itu dalam tempoh sebulan kepada Kabinet.

"Kita hendak membuat perancangan strategik bagaimana kita boleh menggunakan warga emas sebagai sumber kepada pembangunan negara. Mereka patut dilihat sebagai sumber, dan bukan beban," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat berkata bagi menangani keperluan warga emas yang semakin meningkat, kerajaan meluluskan Dasar Warga Tua dan Pelan Tindakan berkaitan pada Januari lepas.

Beliau berkata, antara lain, pelan tindakan itu menyebut negara memerlukan 700 pakar geriatrik menjelang 2020. Ketika ini, terdapat hanya 21 pakar geriatrik di negara ini.

"Sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita juga kini sedang meneliti opsyen program keselamatan sosial lebih komprehensif bagi golongan tua dan mereka yang menderita akibat pengangguran, penyakit serta ketidakupayaan," katanya. - Bernama

Mohd. Adam B. Firdaus , Rabu, Julai 13, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog