KUALA LUMPUR, 30 Jun - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya menghentikan serta-merta pengambilan dua produk herba tradisional yang didakwa Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) pada 27 Jun lepas mengandungi racun berjadual.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata produk pertama iaitu 'Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill' didakwa mengandungi Dexamethasone dan Chlorpheniramine manakala produk kedua, 'Huo Li Bao' mengandungi Piroxicam, Chlorpheniramine, Frusemide dan Caffeine.
Beliau berkata produk pertama tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan, manakala nombor pendaftaran dan hologram yang tertera adalah palsu.
"Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) tidak pernah mendaftarkan produk di bawah nama pemegang atau pengilang Syarikat Wah Trading seperti yang tertera pada label produk itu.
"Ia bukan satu produk Malaysia namun menggunakan nama dan nombor pendaftaran Malaysia. Tindakan untuk menyekat produk ini telahpun dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Pilihanraya Umum ke-13 MCA bahagian Wangsa Maju hari ini.
Liow berkata Huo Li Bao, yang digunakan bagi mengurangkan sakit sendi, merupakan produk semulajadi dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
"Pemegang pendaftaran produk adalah Wai Kang Enterprise, dan pengilangnya adalah Shen Loon She Enterprise Sdn Bhd, Pulau Pinang. Pihak BPFK sedang menjalankan ujian pengesahan kandungan (produk)," katanya. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "