Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 8:56 AM

2Sabtu,Julai

Myspace dijual AS$35j, Justin Timberlake pemilik baru.

Gambar fail bertarikh 27 Januari, 2010 yang diambil di Paris merakamkan laman web sosial Myspace.
WASHINGTON, 30 Jun - News Corp. semalam menjual rangkaian sosialnya Myspace yang menghadapi masalah pada harga AS$35 juta (RM105 juta), sekali gus menamatkan zaman kegemilangan laman web tersebut yang tenggelam selepas kewujudan Facebook.
Myspace yang dibeli konglomerat media itu pada 2005 pada harga AS$580 juta (RM1.74 bilion), dijual kepada firma iklan Specific Media.


Blog teknologi All Things Digital milik News Corp. melaporkan, urus janji itu turut menyaksikan seramai 400 hingga 500 kakitangan Myspace diberhentikan.


"Myspace adalah perintis media rangkaian sosial. Syarikat itu telah mengubah cara pengguna melayari, menggunakan dan melibatkan diri dengan Internet.


"Kami akan menggabungkan platform iklan kami untuk mendorong golongan muda dalam inovasi digital," kata Ketua Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook dalam satu kenyataan.


Jelasnya, mengikut perjanjian jual beli itu, News. Corp. akan memegang antara lima hingga 10 peratus saham Myspace dalam Specific Media.


Myspace yang dilancarkan pada 2003, merupakan laman web rangkaian sosial terkenal enam tahun lalu, tetapi popularitinya menurun apabila Facebook diperkenalkan.


Menurut firma penjejak comScore, Myspace pernah mencatat 21.8 juta pelawat unik bulanan di Amerika Syarikat (AS) pada Ogos 2005 berbanding Facebook yang hanya menerima 8.3 juta kunjungan unik ketika itu. – AFP

+

Justin Timberlake beli laman MySpace

LOS ANGELES - Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.


Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.


"Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.


"Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka," jelasnya.


MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.


Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)


Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.


Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster. – Agensi
Adam Merah , Sabtu, Julai 02, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog