KUALA LUMPUR, 26 Julai - Kewujudan banyak pusat rawatan yang membekalkan dadah sintetik "methadone" kepada penagih menunjukkan pemberian dadah jenis itu tetap relevan sebagai merawat gejala ketagihan.
Pengerusi Yayasan Aids Malaysia, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berkata selain membantu mencegah ketagihan, program pemberian methadone itu juga mampu memberi kesan positif kepada kerajaan untuk jangka masa panjang.
"Kajian mendapati, bagi mereka yang diberi methadone, kemungkinan mereka kembali ke penjara adalah empat kali rebih rendah daripada yang tidak menerimanya," katanya kepada pemberita pada satu seminar menangani penagihan di sini pada Selasa.
Turut hadir Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim.
Prof Adeeba, yang juga Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya berkata kajian dan analisis menunjukkan kesan positif juga diterima oleh kerajaan kerana banyak kos dapat dikurangkan seperti kos kemasukan seseorang penagih itu ke penjara.
Oleh itu, katanya, kerajaan perlu memperluaskan program pemberian mentahdone ini kepada agensi lain.
Kini Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah antara agensi yang menyediakan program pemberian methadone.
Noor Rashid pula berkata Polis Diraja Malaysia menyokong pelbagai program bagi membantu merawat penagih dadah.
"Kalau sebelum ini kita tangkap, sumbat dalam penjara, dakwa dan hantar (penagih) ke pusat serenti... benda itu kurang memberi kesan (tapi) bila ada rawatan methadone ini, lagi bagus, ia sebagai kaedah alternatif," katanya.
Beliau berkata PDRM dan beberapa pihak seperti Majlis Aids Malaysia perlu berbincang mengenai kaedah terbaik untuk semua pihak demi membantu penagih.
Seminar dua hari itu dihadiri kira-kira 30 pegawai kanan PDRM dan AADK bertujuan mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam pelaksanaan program pengurangan kemudaratan untuk mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan pengguna dadah secara suntikan. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "