KUALA LUMPUR, 22 Julai - Walaupun ada pihak tidak henti-henti cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran - daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.
Petunjuk itu dipilih oleh sebuah panel ahli akademik antarabangsa, ahli perniagaan, dermawan dan anggota institusi keamanan bagi tempoh 15 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
Kajian itu menyatakan Malaysia mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010. Kini, republik itu menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dan ke-24 keseluruhan, diikuti Vietnam (ke-30 keseluruhan), Laos (ke-32 keseluruhan), Indonesia (ke-68 keseluruhan), Thailand (ke-107 keseluruhan), Myanmar (ke-133 keseluruhan) dan Filipina (ke-136 keseluruhan).
Dalam kalangan negara maju pula, United Kingdom menduduki tangga ke-26, Korea Selatan (ke-50), China (ke-80) dan Amerika (ke-82).
"Peningkatan tahap keamanan Malaysia dicerminkan oleh peningkatan kestabilan politik dan hubungannya yang lebih baik dengan negara jiran, terutama Singapura dan China," kata kajian itu.
Sepuluh negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai itu ialah Iceland, yang merupakan negara paling aman, diikuti New Zealand, Jepun, Denmark, Republik Czech, Austria, Finland, Kanada, Norway dan Slovenia.
Dalam kalangan negara Islam pula, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Qatar apabila negara itu diletakkan di tangga ke-12 dan merupakan negara paling selamat di Timur Tengah. Tempat kedua bagi kategori ini menjadi milik Kuwait, yang menduduki tangga ke-29 keseluruhan.
Sepuluh negara yang menduduki tangga paling bawah ialah Libya (ke-143), diikuti Republik Afrika Tengah, Israel, Pakistan, Russia, Republik Demokratik Congo, Korea Utara, Afghanistan, Sudan, Iraq dan Somalia.
Kajian itu menyatakan Somalia, negara yang dilanda perang, jatuh satu anak tangga untuk mengambil alih tempat Iraq, sebagai negara paling tidak aman.
Kajian itu juga menunjukkan pencapaian keseluruhan beberapa petunjuk mencatat peningkatan, paling besar ialah potensi wujudnya tindakan keganasan dan kemungkinan berlakunya demonstrasi ganas.
Ahli sains politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata rakyat Malaysia perlu mengiktiraf ranking itu kerana ia dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa yang dihormati. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "