/

Makan Jering Berlebihan Boleh Rosakkan Buah Pinggang

KOTA BAHARU, 15 Julai - Kandungan 'djengkolic acid' dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.

"Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan, sejenis asid yang dipanggil 'djengkolic acid' dalam jering boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

"Antara risiko yang biasa dialami penggemar jering ini ialah penyakit 'kapit jering' yang merupakan istilah tempatan, iaitu buah pinggang individu yang terkena 'kapit jering' akan berhenti berfungsi sehingga seminggu
," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata penyakit itu biasanya menyerang individu yang gemar memakan jering mentah atau separa masak.

Dr Zaki berkata sehubungan itu, penggemar jering dinasihat tidak memakannya secara mentah, sebaliknya merebus buah tersebut sehingga masak bagi mengurangkan kandungan asid berkenaan.

Katanya, walaupun asid dalam jering boleh menyebabkan buah pinggang rosak sementara, namun ada juga kes yang menyaksikan buah pinggang gagal berfungsi sehingga terpaksa menerima rawatan dialisis.

Sementara itu, Ketua Unit Nefrologi Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Sukeri Muhamad berkata individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik, tidak digalakkan memakan jering bagi mengelak mengalami risiko lebih teruk.

Selain itu, beliau mengingatkan individu pemakan jering yang mendapati air kencingnya berdarah secara tiba-tiba, atau tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan, agar segera memaklumkan perkara itu kepada hospital bagi mendapat rawatan segera. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Ahad, Julai 17, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog