
KERETA Ford Cougar yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron. (gambar kecil) KERETA Ford Cougar.
MIAMI : Ia kelihatan seperti Bugatti Veyron bernilai AS$1.6 juta (RM4.8 juta) - tetapi kereta sport mewah ini boleh menjadi milik anda hanya pada harga $89,000 (RM267,000).
Peminat model Super Sport itu menukar kereta Ford buruk bernilai 1,000 pound (RM5,000) miliknya kepada Bugatti Veyron - yang kini dijual pada harga RM267,000.
Ketua stesen minyak, Mike Duke dari Florida menghabiskan masa sembilan bulan mengubah Ford Cougarnya kepada kereta merah hitam seperti kereta mewah itu.
Badan kereta yang direka khas menjadikan ia sukar dibezakan dengan Bugatti Veyron yang berharga satu juta pound (RM5 juta) dan ruang dalamannya sudah diubah dan dibalut dengan kulit.
Namun enjinnya adalah enjin Ford Cougar model V6 2.5 liter, bermakna kuasa yang jauh lebih rendah berbanding enjin Bugatti Veyron yang mempunyai enjin 1,000 kuasa kuda dengan 8 liter.
Ini bermakna kelajuan 0-62 batu sejam dalam tempoh 8.2 saat dan kelajuan tertinggi 140 batu sejam - ketinggalan daripada kelajuan 253 batu sejam dalam 2.5 saat pemanduan oleh Bugatti Veyron.
Duke berkata: "Saya mahu wajah jutaan dolar tanpa bil pembaikan, insurans dan kos tinggi lain.
"Pemanduannya lancar tanpa masalah dan jika ada masalah pembaikan pun pastinya ia tidak memerlukan kos tinggi.
"Saya sangat gembira dengan hasil usaha saya dan sudah tentu lebih banyak komen daripada yang dijangkakan saya terima ketika memandu kereta itu.
"Saya mahu berhati-hati untuk tidak menggelar kereta ini Bugatti, ia Ford Cougar yang diubah suai.
"Namun, ia kelihatan lebih baik berbanding Cougar dan kerana ia bukan Veyron, ia masih cukup laju."
Duke tidak mahu mendedahkan kos pengubahsuian itu, tetapi ia dijangka melebihi 20,000 pound (RM100,000) untuk kerja kerasnya selama sembilan bulan.
Harjan Milosevic
,
Selasa, Julai 19, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Harjan Milosevic
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Kereta buruk jadi Bugatti Veyron silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "