Satu daripada empat keluarga di empat negeri berdepan masalah emosi kerana wang
KUALA LUMPUR : Sebanyak 111,401 atau satu bagi setiap empat keluarga di ibu kota didapati menghadapi tekanan emosi dan mental yang teruk kerana tergolong dalam keluarga 'sandwich' kerana kemampuan kewangan mereka terhad.
Sindrom keluarga 'sandwich' adalah istilah digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri disamping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah itu turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.
Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.
"Cabaran itu tidak boleh diambil ringan kerana tuntutan keluarga dan kerjaya memberi tekanan emosi dan mental sekiranya khidmat sokongan keluarga tidak disediakan pihak berwajib," katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar.
Sehubungan itu, Aminah menyarankan kerajaan supaya menyediakan khidmat sokongan lebih komprehensif seperti mempermudahkan peraturan bagi pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, selain mengkaji semula dasar yang tidak mesra keluarga di tempat kerja.
Katanya, semua dasar kerajaan berhubung isu kekeluargaan perlu diambil kira dalam setiap perancangan dan pembangunan bagi memperkasakan ketiga-tiga generasi keluarga sandwich itu.
LPPKN kini mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai Dasar Keluarga Negara (DKN).
Aminah berkata, cadangan dan maklumat yang diperoleh sepanjang sesi jelajah di seluruh negara itu akan disampaikan kepada kerajaan sama ada bagi menambah baik dasar sedia ada atau menggubal dasar baru.
Jumaat, Julai 01, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Keluarga 'sandwich' hadapi tekanan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "