ULAN BATOR, 4 Julai - Setelah bekerja selama lapan tahun di Dubai, jurutera Filipina Dennis Pimentel mengambil keputusan untuk mengikut jejak ramai pegawai dagang lain mencuba nasib di kawasan perlombongan Oyu Tolgoi yang terkenal kerana pelbagai kelebihannya.
"Saya sukakan tempat itu - orang tempatan memanggilnya OT, sama seperti mereka menyebut UB untuk Ulan Bator - kerana cuacanya yang sejuk dan keramahan penduduknya."
Dalam perbualan dengan penulis di lapangan terbang, jurutera ini berkata beliau perlu berusaha mengubah nasib untuk menyara isteri dan dua anaknya berusia 16 dan 12 tahun di Manila.
"Tugas saya ialah membuat reka bentuk jalan raya di OT (Oyu Tolgoi), tapi tak tahulah bila projek ini akan selesai, ia dilaksanakan secara kontrak," kata warga Filipina berusia 37 tahun ini yang datang ke Mongolia sejak lima bulan lepas.
OT adalah projek tembaga-emas terbesar dunia yang masih belum dimajukan sepenuhnya. Ia terletak di wilayah Gobi Selatan Mongolia, kira-kira 550km di selatan Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, dan 80km di utara sempadan Mongolia-China.
Kini, Pimentel mula menyukai kehidupan di Mongolia, yang hanya mempunyai 2.9 juta penduduk dengan hampir separuh daripada mereka tinggal di Ulaanbaatar yang dibina untuk 500,000 penduduk, termasuk 700,000 orang yang dahulunya mengamalkan cara hidup nomad, tetapi kini menjalani kehidupan seperti masyarakat lain dengan mendiami rumah dikenali sebagai 'ger" di kawasan berbukit bukau.
"Walaupun teruja dengan kekayaan mineral yang baru ditemui, rakyat Mongolia amat prihatin tentang alam sekitar dan bertekad untuk memulihara keaslian padang pasir Gobi," katanya.
Perdana Menteri Mongolia, S. Batbold berkata industri perlombongan membawa pembangunan pesat kepada negara ini dan usaha secara intensif yang sedang dilaksanakan untuk menjadikan simpanan mineral yang terdapat di lombong tembaga OT dan simpanan arang batu di Tavan Togoi sebagai sumber ekonomi negara, menarik minat banyak negara luar.
"Mongolia adalah antara negara yang mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang boleh dikatakan tinggi.
"Jika pada 2010, ekonomi kami mencatat pertumbuhan 6 peratus, pada suku pertama 2011, kadarnya meningkat kepada 9.7 peratus," kata beliau pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif (EGM) Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) di sini Selasa lepas.
Lombong OT atau Turquoise Hill merupakan sebuah projek lombong terbuka dan bawah tanah yang terletak di Khanbogd, sebuah kawasan di Padang Pasir Gobi selatan.
Projek usaha sama antara Ivanhoe Mines dari Kanada, Rio Tinto dari Australia dan kerajaan Mongolia ini dijadual memulakan pengeluarannya pada 2013.
Projek perlombongan OT juga merupakan projek yang menelan belanja paling besar dalam sejarah Mongolia dan mengikut jangkaan, apabila siap kelak, akan menjana lebih 30 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) Mongolia.
Jumlah kilang pemprosesan di negara ini meningkat sebanyak 10 peratus pada 2010.
Batbold berkata kadar pertumbuhan sektor perdagangan dan perkhidmatan negara ini berkembang dengan amat pesat dan Mongolia juga amat berbangga dengan pencapaiannya dalam bidang teknologi maklumat yang begitu memberangsangkan.
"Satu sumbangan bersejarah nenek moyang kami yang mengamalkan cara hidup nomad dahulu kala kepada kebudayaan dunia ialah sistem komunikasi "morin urtuu's" atau stesen perhubungan kuda secara berganti-ganti yang digunakan pada kurun ke-13 dan ke-14 untuk menghubungkan China, Mongolia, Russia dan Eropah," katanya.
Pengurus besar Mongolian National News Agency (Montsame) T.Baasansuren berkata masa depan ekonomi negara ini juga kelihatan sungguh cerah.
"Kerajaan telah mengenal pasti 17 kawasan besar simpanan minyak, tembaga, fluorit, molybdenum, emas, uranium dan sebagainya.
"Rundingan dua hala dan pelbagai hala mengenai kegiatan cari gali simpanan mineral itu sedang berjalan lancar dan saya yakin pembangunan sektor perlombongan akan mengubah sepenuhnya struktur ekonomi Mongolia," katanya.
Beliau berkata bank pelaburan antarabangsa JP Morgan menganggarkan KDNK Mongolia akan berkembang tidak kurang daripada 15 peratus antara 2011 dan 2015 dan sejajar dengan itu, KDNK per kapita negara ini pada 2016 dijangka meningkat daripada USD2,000 sekarang kepada USD8,000.
"Apabila simpanan tembaga Oyu Tolgoi yang menarik perhatian antarabangsa dikeluarkan pada 2013, Mongolia dijangka mampu membekalkan antara 3 dan 5 peratus keperluan tembaga dunia," kata Baasansuren. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "