KUALA LUMPUR : Pemborong dan peruncit di beberapa lokasi sekitar ibu kota menjangkakan harga minyak masak jenis peket serta tepung gandum (guni) akan terus meningkat menjelang Ramadan ini.
Presiden Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar), Bazeer Ahmed berkata, kebanyakan pemborong sudah bersedia dengan bekalan keperluan runcit bagi menghadapi musim perayaan.
"Bagaimanapun, sejak lebih sebulan lalu, kita dapati bekalan bagi minyak masak jenis peket dan tepung gandum dalam guni semakin berkurangan," katanya.
Menurut Bazeer, isu berkenaan sudah dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengenal pasti punca kekurangan bekalan di peringkat pemborong dan peruncit.
"Selain itu, kita juga mahu kementerian memberi perhatian terhadap harga minyak masak berikutan ramai pemborong dan peruncit sudah mula menyatakan rasa tidak berminat untuk menjual barang keperluan terbabit di premis mereka," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan peniaga dan peruncit mengeluh kerana terpaksa menjual minyak masak di premis mereka semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan.
"Ramai mengakui mereka terpaksa jual (minyak masak)...kalau tidak, pelanggan tak akan masuk dan membeli barangan lain di kedai mereka," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman, Che Kamarudin Ibrahim berkata, pihaknya tidak berdepan masalah kenaikan harga barang kerana sudah melakukan persediaan awal bagi musim perayaan.
"Bagi peniaga makanan kering, mereka tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan kelapa atau kenaikan harga daging dan ayam kerana sudah bersiap sedia dengan barang jualan masing-masing," katanya. - Harian Metro
Rabu, Julai 27, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jangka harga naik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "