/

Jambatan rentas laut di China 'bahaya' sebab dibuat tergesa-gesa

BEIJING : Para pegawai China didakwa tergesa-gesa menyiapkan pembinaan jambatan merentasi laut yang terpanjang di dunia agar ia dapat dibuka sempena ulang tahun ke-90 Parti Komunis pada 1 Julai lalu.

Akibatnya, nat pada susur pengadang sepanjang 15 meter di Jambatan Teluk Jiaozhou hanya dipasang tetapi tidak diketatkan, lapor akhbar The Global Times.

Jambatan yang menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao, ke pesisir pulau Huangdao itu sepanjang 36.5 kilometer.

Saluran televisyen China Central Television pada awal minggu ini turut melaporkan sistem lampu di jambatan itu juga belum dipasang sebelum jambatan itu dibuka pada 30 Jun lalu.

Kerja pemasangan dan pembinaan yang belum selesai itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

'Masa suntuk ketika itu,' kata seorang pekerja pembinaan yang diwawancara saluran televisyen itu, sedang beliau mengetatkan nat di susur pengadang.

Akhbar The Global Times turut memetik seorang pakar jambatan daripada Universiti Beijing Jiaotong, Han Bin, sebagai berkata:

'Beberapa kerja pembinaan tidak dapat diselesaikan sebelum jambatan ini dibuka secara tergesa-gesa kepada trafik sempena 1 Julai lalu. Jika kemalangan berlaku dan kenderaan melanggar rel adang, masalah mungkin timbul.'

Tarikh pembukaan projek prasarana utama di China biasanya sejajar dengan ulang tahun Parti Komunis atau Hari Kebangsaan pada 1 Oktober, sebagai mempamerkan pencapaian pemerintah.

Ketua jurutera Jambatan Teluk Jiaozhou, Shao Xinpeng, bagaimanapun menegaskan struktur jambatan itu selamat dan sudah bersedia menerima laluan trafik.

Menurut beliau, sistem lampu di jambatan itu berfungsi sebagai perhiasan saja.

Namun, para pengguna Internet tidak yakin dengan kenyataan itu sambil menuduh para jurutera dan pihak berkuasa setempat mementingkan propaganda daripada keselamatan rakyat.

Mereka telah turut memuat naik video dan gambar-gambar bahagian jambatan itu yang pembinaannya belum selesai. - AFP

Harjan Milosevic , Rabu, Julai 13, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog