/

Firma ubat diarah tarik balik antibiotik

Tablet didakwa mengandungi bahan pelentur
 
HONG KONG : Hong Kong mengarahkan GlaxoSmithKline menarik balik dari pasaran sejenis antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan kepada kanak-kanak, berikutan ubat itu mengandungi aditif kimia dan mengancam mahu menyaman syarikat farmasi gergasi itu.

Jabatan Kesihatan wilayah autonomi China itu berkata ujian mendapati tablet antibiotik Augmentin keluaran syarikat Britain berkenaan mengandungi beberapa 'plasticiser' (bahan yang dicampur untuk melenturkan plastik), termasuk 'diisodecyl phthalate' (DIDP), yang menimbulkan kebimbangan terhadap kualitinya.

Bagaimanapun jabatan itu berkata jumlah kandungan pelentur plastik dalam ubat itu tidak mendatangkan bahaya jika diambil mengikut dos disarankan.
 
Pihak berkuasa itu berkata ia akan mendapatkan nasihat Jabatan Kehakiman berhubung kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap GlaxoSmithKline (GSK).
 
"Oleh kerana GSK tidak dapat menawarkan penjelasan yang memuaskan berhubung sumber pelentur plastik itu, kualiti produk itu diragui."
 
Dalam satu kenyataan, syarikat farmasi itu berkata ia akan melancarkan siasatan 'segera dan menyeluruh' untuk mengenal pasti sumber aditif berkenaan.

"GSK tidak secara sengaja menggunakan sebarang plasticiser dalam Augmentin," katanya.
 
Syarikat itu berkata jumlah kandungan plasticiser yang dikesan adalah lebih rendah daripada jumlah yang dianggap bahaya kepada manusia oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah.
 
Bulan lalu, pihak berkuasa di Hong Kong memerintahkan penarikan balik antibiotik Augmentin dalam bentuk sirap setelah mengesan kandungan tinggi DIDP.
 
Ia memberi amaran pengambilan DIDP pada jumlah yang besar untuk tempoh yang panjang boleh menjejas hati. - AFP
Unknown , Khamis, Julai 21, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog