/

Empat Lagi Produk Makanan Dari Taiwan Disahkan Mengandungi DEHP

PUTRAJAYA, 7 Julai - Empat lagi produk makanan dari Taiwan disahkan tercemar dengan bahan kimia Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Produk berkenaan adalah 'watermelon syrup', 'crystal sugar aloe syrup' dan 'yam syrup' berjenama Top 1 serta 'Mango Jam' berjenama Good Day yang diimport secara pukal oleh Top 1 F & B Sdn Bhd, Malaysia.

Sehubungan itu, Liow mengarahkan syarikat terbabit untuk menarik balik produk makanan berkenaan dengan kadar serta merta dan menasihatkan semua penjual produk memberhentikan penjualannya.

"KKM menegaskan supaya semua pihak yang terbabit dalam industri makanan untuk meningkatkan kawalan keselamatan makanan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan produk makanan yang dijual di negara ini adalah selamat," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Peringkat Ibu Pejabat Kementerian itu di sini hari ini.

DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut. Makanan boleh tercemar dengan DEHP daripada pembungkus makanan dan persekitaran secara tidak langsung semasa proses pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik. DEHP turut digunakan sebagai bahan pengemulsi menggantikan minyak sawit.

KKM akan terus memantau makanan yang diimport dari Taiwan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan pengguna, katanya.

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/88833653. - Bernama

Unknown , Jumaat, Julai 08, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog