Isnin : 7 April 2025   
@ 9 Syawal 1446H / 11:47 PM

5Selasa,Julai

60 Peratus Kes Dera Seksual Kanak-kanak Dilakukan Saudara Terdekat

PETALING JAYA, 3 Julai - Enam puluh peratus daripada 1,823 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan oleh bapa kandung, bapa tiri dan bapa saudara sendiri sepanjang 2006 hingga 2010.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mencatatkan 16,159 kes rogol dengan 11,809 daripadanya melibatkan kanak-kanak sepanjang tempoh lima tahun itu.

"Sebanyak 54 peratus daripada mangsa kes rogol itu berusia 16 tahun ke bawah manakala 19 peratus lagi berusia antara 16 hingga 18 tahun. Ini bermakna, secara keseluruhannya sebanyak 73 peratus mangsa rogol adalah berusia bawah 18 tahun," katanya semasa berucap pada pelancaran "The Reuniting Families-Child Safety" di sini.

Pelancaran majlis itu, anjuran RHB Bank dengan kerjasama PDRM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kei.

Khalid berkata statistik PDRM juga menunjukkan purata 200 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun dalam tempoh itu di mana daripada 1,017 kes itu, sebanyak 57 peratus melibatkan kanak-kanak lelaki dan 43 peratus perempuan.

Beliau berkata PDRM turut bimbang dengan kes kanak-kanak hilang apabila 5,270 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh itu.

"Daripada jumlah itu, hanya 2,982 atau 57 peratus orang sahaja dapat ditemui. Antara alasan kehilangan mereka ialah lari dari rumah, perselisihan faham antara ibu bapa, dan dipengaruhi oleh teman lelaki," katanya. - B
ernama

Unknown , Selasa, Julai 05, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog