/

Wikileaks dedah 19 'aktor pengaruh' dalam kitar politik Najib

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak, dua tahun selepas menjadi perdana menteri.
 
Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.
 
Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib, adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.
 
Pengerusi Ethos Capital, Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.
 
Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.
 
Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.
 
Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.
 
Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.
 
Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.
 
Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group, Quek Leng Chan.
 
"Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu.
 
The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.
 
Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.
 
Turut disenaraikan ialah:
 
• Pengarah urusan Khazanah Nasional, Azman Mokhtar;
 
• Pengarah Khazanah, Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;
 
• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd, Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);
 
Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
 
• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS, Nor Yusof;
 
• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd, Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
 
• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi, Dr Gan Wee Beng;
 
• Pengasas bersama Ethos Capital, Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
 
• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd, Teo Chiang Quan;
 
• Pengarah urusan TH Group Bhd, Lei Lin Thai;
 
• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd, Pang Tee Chew;
 
• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor;
 
• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd, Bakke Salleh; dan
 
• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lodin Wok Kamarudin.
 
Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.
Unknown , Selasa, Jun 14, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog