Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pengguna yang hanya memilih produk luar negara termasuk makanan, apatah lagi dari Eropah kerana ia dirasakan berada dalam kelas tersendiri.
Jadi tentunya produk yang dihasilkan di Eropah sendiri jauh lebih baik berbanding negara lain, bukan?
Mungkin tidak. Ini terbukti apabila rantau itu dikejutkan dengan penularan bakteria Escherichia coli atau E.coli, yang bermula di Jerman, sejak beberapa minggu lalu.
Sehingga hari ini, Berlin masih buntu mencari punca sebenar wabak itu apabila ujian demi ujian yang dijalankan masih gagal mengenal pasti dari mana sayuran tercemar itu dihasilkan.
Lebih membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan jenis E.coli ini adalah hibrid baru yang tidak pernah ditemui sebelum ini, menghasilkan lebih banyak toksin berbanding bakteria E.coli biasa dan mempunyai daya tahan tinggi terhadap antibiotik.
Pesuruhjaya Kesihatan EU, John Dalli juga memberi amaran kepada Jerman supaya tidak membuat kesimpulan terlalu awal dan melulu mengenai punca sebenar wabak berbahaya itu.
Sejak beberapa hari lalu, Jerman menuding jari ke arah petani dari Sepanyol yang dituduh menghasilkan timun tercemar namun ujian membuktikan dakwaan itu salah, menyebabkan Jerman terpaksa memohon maaf.
Berlin kemudian mengumumkan tauge yang ditanam di utara negara itu mungkin penyebab wabak tersebut, tetapi menarik balik kenyataan itu selepas ujian ke atas 23 daripada 40 sampel tauge tidak menemui sebarang kesan bakteria pembunuh itu.
Semalam, menteri-menteri dari negara EU mengadakan mesyuarat tergempar di Luxembourg bagi membincangkan wabak itu yang sehingga kini membunuh 22 orang dan menyebabkan lebih 2,330 jatuh sakit di seluruh dunia terutama di Eropah.
Dalam mesyuarat itu, EU meluluskan bantuan sebanyak 150 juta Euro (RM660 juta) kepada petani Eropah yang kerugian teruk akibat kejatuhan dalam penjualan hasil tanaman mereka.
Menteri Pertanian Jerman, Ilse Aigner pula mengulangi amaran kepada pengguna supaya tidak memakan tauge, timun, tomato dan sayur salad.
Menurut saintis Jerman, bakteria itu mungkin berada di dalam benih sayuran itu sendiri atau di dalam air yang digunakan untuk menyiram tanaman, ataupun dipindahkan daripada pekerja yang mengendalikan tanaman itu.
Semua kematian itu berlaku di Jerman kecuali satu di Sweden dan wabak itu telah menular ke 12 negara termasuk Amerika Syarikat, Austria, Britain, Republik Czech, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, dan Switzerland.
DAN Kesemua kes itu membabitkan lawatan ke Jerman
Sehingga kini, beberapa negara seperti Republik Czech mengambil langkah awal untuk mengelakkan penularan wabak menjadi semakin teruk dengan menguji daging diimport dari Jerman kerana bakteria berbahaya itu diketahui mampu hidup di dalam usus lembu.
Thailand juga memilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyebarkan risalah mengenai E.coli kepada pelancong dari Eropah yang tiba di negara itu dan Kementerian Kesihatan Thailand juga merancang mengadakan pemeriksaan ke atas buah-buahan dan sayuran yang diimport dari Eropah bagi memastikan keselamatan pengguna.
Australia pula mengumumkan negara itu tidak mengimport sayuran dari Eropah bagi mengurangkan kebimbangan rakyatnya.
Mungkin kerajaan Malaysia juga perlu mengeluarkan kenyataan secepat mungkin sama ada pengguna di negara ini terjejas dengan penularan wabak ini.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "