2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 9:14 AM

29Rabu,Jun

Tabarruj Dosa berhias

Bismillahirrahmanirrahim….

Tulisan ini adalah ringkasan hasil daripada pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS.  BAGAIMANA MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail, lulusan B.A (Hons) Universiti Al-Azhar. Mudah- mudahan hasil tulisan ini mampu membetulkan gaya hidup dan identity muslimah kini supaya tidak tersasar dari landasan syara'.

PENDAHULUAN
Mampukan kaum Hawa mengelak drp melakukan dosa tabarruj? Apa itu tabarruj? Bagaiman mereka boleh untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan dosa tabarruj? Bagaimana pula dengan kaum Adam? Masihkah mereka mampu mengawal kaum wanita yang di bawah tanggungjawab mereka daripada terjebak dengan dosa tabarruj? Untuk menjawab persoalan ini, teruskan membaca hingga ke akhirnya.

Tabarruj ialah menampakkan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahram. Sebagaiman kata Imam Bukhari: Tabarruj ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya. Jadi, dapatlah kita simpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala bentuk benda yang bertujuan untuk perhiasan, Al-Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu ada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yang tercipta sejak lahir lagi. Perhiasan buatan pula adalah barang2 yang dipakai oleh wanita untuk menambahkan kecantikan dirinya serta pakaian dan perhiasan2 lain. Ini semua termasuk sebagaimana yang telah dimaksudkan dalam firman Allah: "Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh"
 
Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai alat menutup perhisannya atau fitnahnya. Namun reality hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung: tudung Wardina, tudung Waheeda, tudung Siti, lilit ke kiri, lilit ke kanan.. pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Namanya menampakkan cirri Islam, tetapi gaya penampilnnya tidak berlandaskan syariat yang telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yang diketengahkan melalui siaran program ini berlawanan terus dengan saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh sehingga ke punggung. Masya- Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada orang yang melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme untuk menutup perhiasannya atau fitnahnya.
 
Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah sendiri yang sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yang penting, memenuhi tuntutan syariat.. Sabda Nabi: "Perumapamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan hari kiamat, tidak ada cahaya baginya."
 
Namun kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini, mungkin dalam keadaan sedar ataupun tidak. Buku ini juga telah membicarakan tentang alasan golongan yang menyokong dan mengamalkan tabarruj dan hujjah untuk menolaknya.


ALASAN 1 : Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe je..

Kebanyakan golongan wanita terpelajar yang lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yang dilakukannya dapat melenyapkan dosa2 kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Mereka menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan : 70 yang bermaksud: "kecuali orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik.Maka orang itu, allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata pepatah "sikit2 lama2 jadi bukit".
 
Renunglah hadis Nabi ini: "Seorang mukmin melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke atasnya. Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di muknya, maka dihalaunya lalat itu"
 
 .. Adakah kita lebih memilih untuk menjadi untuk menjadi seorang munafiq berbanding seorang mukmin sebagaiman hadis Nabi tadi??? Dan satu lagi, INGATLAH, sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan jika disertai dengan penyesalan dan taubat. Adapun jika berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan menghapuskan kebaikan. Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu"


ALASAN KE-2 : Tabarruj adalah lambang kemodenan, up-to-date

Saya rasa anda pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap tidak up-to-date lantaran memakai tudung labuh, yang tidak diserikan dengan kerongsang cantik berkilat bila dilihat orang. Kita yang masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berberkumpul bersama kerana imej kita yang tidak selari dengan tuntutan tamadun moden kini.

Mereka lebih terikut2 dengan budaya yang dibawa oleh Barat sehingga berpaling dari ajaran Islam yang syumul. Firman Allah Taala: Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman" (Al-Imran:139).
 
Wanita yang melakukan tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yang jahil tentang agama. Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan tentang Islam dan kedegilan untuk menghina kehormatan sendiri adalah sebesar- besar kejahilan dan kemundurun.

Sangat aneh apabila Barat yang begitu masyhur amat menitik beratkan agar barang2 mereka dibalut dan dibungkus rapi agar terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap benda bernyawa yang bergelar perempuan. Barat bersikap double standard terhadap wanita, mereka menuntut agar wanita mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai.
 
Jelas terbukti bahawa Barat telah meletakkan maruah kaum wanita di bawah paras harga dan nilai barangan2 biasa di kedai. Kalau kaum wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu? Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambing kemodenan kerana kemodenan sebenar di sisi Allah ialah kemodenann yang memabawa kepada rahmat bagi sekalian alam.


ALASAN KE-3 : Tabarruj meletakkan diri serang wanita setaraf dengan kebanyakkan wanita lain supaya terselamat dari penghinaan dan cercaan

Jika wanita jahil menghina hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia mengikut jejak mereka??
 
Sabda Nabi: "Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu".. Menghairankan sekali. Bagaimana wanita2 muslimah kini tidak malu menonjolkan identity fasiq, tetapi malu untuk menonjolkan identity taqwa dan iman dengan berpakaian menutup aurat. Adakah mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan maksiat ini?? Lalu mengutamakan redha mereka daripada redha Allah ta'ala.

Fikir secara logiknya, adakah mereka ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka?? Wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan.
 
Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan ketaqwaan??
 
Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang redah dan mentertawakan muslimah sejati yang mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan datang suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yang akan mentertawakan wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dalam surah Al-Mutoffifin:29-36: "Sesungguhnya, orang yang derahaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya…… Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang kafir itu"

ALASAN KE-4 : Tabarruj adalah jalan untuk percepatkan perkahwinan bagi perempuan

Jika kita lihat senario kini, ramai wanita muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung yang pelbagai fesyen kini dan menacap muka mereka dengan pelbagai produk kecantikan sekarang semata-mata kerana bimbang diri mereka yang belum disunting lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2 pemuda.
 
Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan penceraian.



PENUTUP

Maka, hendaklah wanita muslimah berhati-hati terhadap murka Allah. Janganlah berterusan mengikut hawa nafsu kerana dipermainkan oleh syaitan yang memperelokkan amalan buruk sebagai baik. Maka, mereka melihat perkara haram sebagai halal.
 
Berpakaianlah mengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam firman-Nya:
"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya" (Al-A'raf:25)

Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:
  1. Pakaian yang hanya sekadar menutup aura, yang malu apabila dilihat orang.
  2. Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan
  3. Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat

    o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

    o Tidak nipis dan terlalu jarang

    o Tidak ketat dan longgar

    o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya
Segala yang baik ini daripada Allah Ta'ala dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Semoga usaha yang sedikit ini mampu menjadi bekal amal soleh untuk bertemu dengan Allah suatu hari nanti. Siiru 'ala barakatillah
 
Cik NiNe Che Kadir , Rabu, Jun 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog