Selasa : 8 April 2025   
@ 10 Syawal 1446H / 1:10 PM

9Khamis,Jun

Semak Label Alat Permainan Untuk Anak: Fomca

KUALA LUMPUR, 8 Jun - Ibu bapa disaran lebih peka terhadap tahap keselamatan alat permainan kanak-kanak dengan menyemak tanda "MC" (Malaysian Conformity) dan label peringkat umur pada barangan itu sebelum membelinya.

Bendahari Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata selain perlunya meneliti tahap keselamatan alat permainan, ibu bapa juga perlu bijak memilih alat permainan yang sesuai untuk anak mereka mengikut kesesuaian peringkat umur.

"Alat permainan ini sebenarnya satu medium yang dapat membantu ke arah tumbesaran yang lebih seimbang bagi kanak-kanak dan menjana daya imaginasi tetapi jika tersalah beli, contohnya senapang untuk kanak-kanak berusia tiga tahun, kita bimbang ia boleh mendatangkan risiko kecederaan.

"Anak-anak pada tahap itu tidak ada rangsangan untuk mengetahui tahap bahaya sesuatu alat permainan dan di sinilah peranan ibu bapa diperlukan untuk menentukan supaya alat permainan yang dibeli itu selamat digunakan
," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Isu keselamatan alat permainan kanak-kanak mendapat perhatian kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah mengeluarkan satu garis panduan standard keselamatan bagi alat permainan kanak-kanak.

Berkuatkuasa Februari lepas, semua alat permainan kanak-kanak sama ada buatan tempatan mahu pun yang diimport, diwajibkan mempunyai tanda "MC" sebagai bukti telah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan kementerian itu.

Sirim Qas International Sdn Bhd adalah agensi yang bertanggungjawab menilai daripada segi pematuhan standard keselamatan bagi alat permainan kanak-kanak yang dikemukakan pihak industri sebelum laporan penilaian dihantar ke kementerian itu untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Yusof berharap kempen kesedaran terhadap keselamatan alat permainan diperluaskan sama ada menerusi risalah atau pun media. - Bernama

+

Semua alat permainan kanak-kanak wajib ada tanda 'MC' mulai 1 Februari

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Febuari depan, semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda "MC" (Malaysian Conformity) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sehubungan itu, mulai tarikh berkenaan kementerian akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan itu, kata Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe, hari ini.

Tan berkata ini kerana kementerian memandang serius terhadap kebanjiran alat permainan yang gagal memenuhi garis panduan berkenaan, yang berupaya mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

Katanya penguatkuasaan itu tidak terhad kepada alat permainan keluaran tempatan tetapi juga meliputi yang diimport.

"Kita tidak akan berkompromi lagi mengenai perkara ini kerana sudah beri masa yang panjang lebih satu tahun untuk pihak pengilang dan pengimport mematuhi standard keselamatan mainan kanak-kanak dengan perlunya ada tanda MC di setiap alat permainan berkenaan.

"Jadi pada 1 Februari depan, alat-alat permainan "on the shelves" akan disita sekiranya tidak mempunyai tanda MC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna 2010 di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun melalui Seksyen 25, Akta 599 bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna, di mana bagi individu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Sementara bagi pertubuhan, katanya akan dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000.

Seramai 100 peserta terdiri daripada pengilang, pengimport, pengedar dan peruncit menyertai bengkel sehari itu yang bertujuan membincangkan mengenai pembangunan regim keselamatan barang pengguna khususnya mekanisme penarikan balik barang serta tindakan pembetulan bagi barang yang mengalami kecacatan atau tidak selamat di pasaran.  - Bernama

Unknown , Khamis, Jun 09, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog