Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 2:40 PM

3Jumaat,Jun

Produk Makanan Dari Taiwan Dicemari Kimia DEHP, DINP Dilarang Masuk Ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Produk makanan dan minuman dari Taiwan yang dicemari kimia di(-2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyl phthalate (DINP) dilarang masuk ke negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata antara produk yang dilarang diimport ialah Uni-President Asparagus Juice oleh syarikat Uni-President Enterprises Corp Taiwan.

Produk lain ialah Sunkist Lemon Juice, Sunkist Lemon Juice Drink with Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange Juice dan Sunkist Orange Juice Drink yang dikilangkan oleh Syarikat Country House Inc dari Taiwan dan dieksport ke Malaysia oleh syarikat Sunlight Foods Corp, Taiwan.

"Bagi produk makanan lain yang diimport dari Taiwan seperti jus buah-buahan, jeli, jem, yogurt and minuman sukan, tindakan pemantauan dijalankan di pasaran dan pintu masuk," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Liow berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh Taiwan Food and Drug Administration (FDA) mengenai beberapa produk makanan dari negara itu yang telah disahkan tercemar dengan DEHP, yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan karsinogenik, telah dieksport ke Malaysia.

Beliau berkata selain itu produk minuman sukan keluaran syarikat Young Energy Resource Co Ltd di Taiwan turut dikesan mengandungi DEHP iaitu Speed Sports Drink 600ml, Speed Sports Drink (lemon flavour) 600ml dan Dong Nung 1000 Sports Drink.

Bagaimanapun produk tersebut didapati tidak diimport ke negara ini berdasarkan maklumat Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM), katanya.

Liow berkata kementerian telah menghubungi kesemua pengimport produk terbabit untuk pemanggilan balik produk makanan tersebut yang berada di pasaran tempatan dengan kadar segera.

"Dalam pada itu, kementerian juga akan menjalankan pemantauan di pasaran tempatan dan sekiranya produk terlibat masih dijual, tindakan rampasan akan dijalankan," katanya.

Beliau berkata DEHP dan DINP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut dan boleh dipindahkan ke makanan lain semasa proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan.

Liow berkata mereka yang didapati terlibat dalam pengimportan, penyimpanan, penyediaan, pengedaran dan penjualan produk yang membahayakan kesihatan itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Liow berkata orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit.

Bagaimanapun mereka yang telah membeli produk yang dilarang diimport itu dinasihati untuk tidak memakannnya, katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai perkara tersebut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian di talian 03-88833652/03-88833653 atau layari laman sesawang http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. - Bernama

Unknown , Jumaat, Jun 03, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog