2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Malaysia antara paling selamat

Hasil kajian juga letakkan negara pada kedudukan ke-25 bebas rasuah
 
KUALA LUMPUR : Kajian The World Justice Project, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa bertajuk 'Rule of Law Index' menunjukkan Malaysia adalah antara negara berpendapatan sederhana tinggi yang paling selamat di dunia.
 
Kajian yang dijalankan di 66 negara juga meletakkan Malaysia lebih selamat berbanding negara kelas pertama seperti Perancis dan Belgium.
 
Kajian yang mengukur sejauh mana rakyat sesebuah negara rasa selamat ketika melakukan kegiatan harian mereka, selain perasaan takut terhadap polis, menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan teratas negara paling selamat.
 
Malaysia juga berada pada tempat ketiga paling bebas rasuah di antara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi yang dikaji dan pada kedudukan ke-25 daripada 66 negara yang dikaji di seluruh dunia.
 
Bagaimanapun, kajian The World Justice Project meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-18 daripada 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan pada tempat ke-59 daripada 66 negara berhubung isu hak asasi manusia.
 
Kajian itu yang dijalankan sejak empat tahun membabitkan 66,000 responden dan 2,000 pakar dari 66 negara dikeluarkan di Washington pada 13 Jun lalu dan akan dibentangkan di World Justice Forum Ke-3 yang akan diadakan di Barcelona, Sepanyol, minggu depan.
 
Kajian berkenaan adalah yang pertama seumpamanya membabitkan penggunaan penilaian kualitatif, bagi memberi gambaran komprehensif sama ada rakyat sesebuah negara menghormati undang-undangnya.
 
Antara perkara lain menjadi kayu ukur kajian adalah tahap penyelesaian kes individu atau syarikat yang baik dan bersifat kos efektif.
 
The World Justice Project dibiayai Neukom Family Foundation, Bill & Melinda Gates Foundation dan LexisNexis, manakala analisis datanya dibuat di Unit Ekonometrik, Pusat Kajian Bersama Suruhanjaya Eropah.
 
Hasil kajian itu juga selari dengan kejayaan Malaysia mengurangkan kejadian jenayah sebanyak 30 peratus tahun lalu melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
 
Oleh Sani Kamarudzaman dan Aizuddin Sapian
bhnews@bharian.com.my
Unknown , Jumaat, Jun 17, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog