2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:35 AM

18Sabtu,Jun

Kos operasi di Libya RM3.35b

PEMBERONTAK Libya melancarkan serangan roket ke atas bandar Misrata, kelmarin.
 
Obama restu tindakan tentera Amerika, tak perlu kelulusan Kongres
 
WASHINGTON : Perbelanjaan operasi tentera dan bantuan kemanusiaan Amerika di Libya kini berjumlah AS$716 juta (RM2.181 bilion) dan dijangka meningkat kepada AS$1.1 bilion (RM3.35 bilion) menjelang September depan, kata satu laporan Rumah Putih kepada Kongres disiarkan semalam.
 
Laporan itu menyatakan dana berkenaan boleh dilihat dalam bajet Jabatan Pertahanan sedia ada dan berikutan itu tidak memerlukan permohonan mendapatkan peruntukan tambahan kepada Kongres.
 
Untuk perbandingan, kos membiayai konflik di Afghanistan ialah kira-kira AS$10 bilion (RM30.47 bilion) sebulan.
 
Sementara itu Presiden Barack Obama menegaskan tindakan tentera Amerika di Libya adalah sah dan menolak kritikan daripada Kongres mengenai matlamat dan kesahihan operasi terbabit.
 
Dalam laporan setebal 30 halaman kepada Kongres, Rumah Putih menyatakan penyertaan Amerika dalam serangan diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak memerlukan kebenaran Kongres, kerana peranan Washington hanyalah sebagai sokongan.
 
Laporan menyatakan pembabitan Amerika di Libya tidak membabitkan serangan dan peperangan terbuka yang memerlukan kebenaran anggota Kongres di bawah undang-undang Resolusi Kuasa Perang 1973.
 
"Tentera Amerika memainkan peranan sokongan dalam pakatan pelbagai negara itu," kata laporan berkenaan yang menambah, penggunaan tentera hanyalah untuk melindungi orang awam, menguatkuasakan zon larangan terbang dan gencatan senjata.
 
"Operasi Amerika tidak membabit peperangan atau pertempuran dengan tindakan kekerasan. Mereka juga tidak terbabit dengan serangan darat," kata laporan itu. – Reuters
Unknown , Sabtu, Jun 18, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog