JOHN Sherperd-Barron sering mengeluarkan wang tunai daripada bank pada setiap hari Sabtu, namun pada satu hari dalam tahun 1965 bank yang sering dikunjungi telah tutup sejurus beliau sampai untuk tunaikan ceknya.
Dalam keadaan tergesa-gesa beliau terpaksa mencari alternatif lain untuk tunaikan cek tersebut.
Bermula daripada kejadian tersebut John mula memikirkan sesuatu bagi mengelakkan perkara tersebut berulang kembali.
Sambi berbaring di atas katil, beliau terfikir adalah lebih mudah jika seseorang itu dapat mengeluarkan duit mereka mereka pada bila-bila masa sahaja diperlukan.
Jika sebuah mesin penjualan coklat automatik boleh dicipta adalah tidak mustahil mesin tersebut juga boleh diubahsuai untuk mengeluarkan duit.
Maka mulai saat tersebut tercetuslah era penggunaan mesin teller automatik (ATM) untuk mengeluarkan duit.
John Sherperd-Barron dilahirkan di India pada tahun 1925 ketika ibu bapanya yang berketurunan Scotland berada di sana untuk menguruskan perniagaan.
Beliau menerima pendidikan di Universiti Cambridge dan dilantik menjadi Pengarah Urusan De La Rue Instruments, sebuah syarikat pencetakan wang milik British.
Mesin ATM pertama diperkenalkan pada satu pesta di cawangan Bank Barclays di London pada 27 Jun 1967 dan seorang bintang terkenal British merupakan orang pertama yang membuat pengeluaran wang daripada mesin tersebut.
Namun pada ketika itu bintang tersebut hanya mengeluarkan wang kertas not 10 kerana pada ketika itu hanya wang kertas sedemikian sahaja yang boleh dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Kini penggunaan mesin ATM telah menjadi satu perkara yang biasa di seluruh dunia. Apa yang pasti ia telah merubah corak urusan perbankan yang semakin mudah.
Pada 2007, John Sherperd-Barron telah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup daripada Persatuan Perindustrian Mesin ATM.
Manakala pada tahun 2005 beliau telah mendahului senarai penerima kehormat dan menerima anugerah order of the British Empire sebagai pelopor kepada mesin ATM.
Info
- Lahir di Shillong, Assam, India.
- Berketurunan Scotland, ayah beliau Wilfred Sherperd-Barron merupakan Ketua Jurutera Suruhanjaya Pelabuhan Chittagong.
- Ketika Perang Dunia Kedua, beliau telah ditauliahkan dalam pasukan payung terjun Rejimen Payung Terjun Ringan Ke-159.
- Namun terdapat sedikit kontroversi apabila James Goodfellow memperkenalkan alternatif penggunaan mesin ATM melalui kad dan nombor pin.
Ringkasan hidup
- Anak lelakinya bernama Nicholas Sherperd-Barron yang bekerja sebagai profesor geometrik algebra di Universiti Cambridge.
- John Sherperd-Barron meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada 15 Mei 2010 kerana sakit tua di Hospital Raigmore.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "