2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Jaket Jacko RM5.4j

JAKET yang pernah dipakai Michael Jackson dalam video 'Thriller' dilelong dengan harga AS$1.8 juta.
 
Baju pencetus kegilaan fesyen pada 1980
 
LOS ANGELES: Satu jaket kulit merah dan hitam yang pernah dipakai Raja Pop, Michael Jackson dalam video Thriller dilaporkan dilelong dengan harga AS$1.8 juta (RM5.4 juta) semalam, sehari selepas peminatnya menyambut ulang tahun kedua kematian ikon seni terbabit.
 
Jaket itu yang dibeli pada harga beberapa kali lebih tinggi daripada nilai yang dianggarkan antara AS$200,000 (RM600,000) dan AS$400,000 (RM1.2 juta) mempunyai tulisan 'Love Michael Jackson" di lengannya dan didedikasikan kepada pereka kostum.
 
Maklumat mengenai pembelinya tidak didedahkan selepas tawaran bidaan yang dimenangi itu dikirimkan melalui halaman web rumah lelongan Julien, Beverly Hills.
 
Pelelong menyifatkan jaket itu sebagai antara yang paling diingati dan terkenal pada abad ke 20, mencetuskan kegilaan fesyen pada 1980 apabila ia ditiru dan dijual kepada peminat Jackson atau Jacko di seluruh dunia.
 
"Jaket hitam dan merah menjadi identiti Jakcson apabila beliau terus menggunakan jaket dengan reka bentuk yang sama ketika mempersembahkan lagu 'Thriller' sepanjang karier beliau, katanya.
 
Jaket itu adalah satu daripada dua yang pernah digunakan Jackson ketika video ikon beliau manakala yang lain dipamerkan di muzium Rock and Roll Hall of Fame di Cleveland, Ohio.
 
Sebahagian daripada jualan itu akan diserahkan kepada Shambala Preserve di California, tempat Jackson mempunyai dua harimau Benggala bernama Thriller dan Sabu yang berada di situ sejak 2006 apabila penyanyi berkenaan meninggalkan Neverland Ranch, katanya.
 
Pada Sabtu lalu, peminatnya di seluruh dunia meraikan ulang tahun kedua kematian Jackson yang berusia 50 tahun.
 
Beliau meninggal dunia akibat pengambilan ubat bius melebihi dos ketika sibuk membuat persiapan siri konsert kemunculan semula beliau di London.
 
Doktor peribadinya, Conrad Murray, dijangka akan menjalani perbicaraan atas dakwaan membunuh tanpa niat di Los Angeles pada September ini. – AFP
Adam Merah , Rabu, Jun 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog