Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 2:31 AM

30Khamis,Jun

Iran ada pelancar peluru berpandu bawah tanah

Peluru berpandu Zelzal dilancarkan pada hari kedua latihan tentera yang dipanggil Latihan Rasul Agung-6 oleh Pasukan Pengawal Revolusi Iran di satu lokasi yang tidak diumumkan, semalam.
 
TEHERAN, 28 Jun - Pasukan Pengawal Revolusi Iran hari ini mendedahkan satu projek 'tempat pelancar peluru berpandu bawah tanah' bagi membolehkan pasukan tentera elit negara ini melakukan pelancaran peluru berpandu jarak jauh.

Siaran itu memaparkan tapak pelancar tersebut di sebuah lokasi yang tidak diketahui dan projek itu digelar sebagai Shahab-3.

Pendedahan tersebut dilakukan selepas pasukan pengawal memulakan latihan ketenteraan sebagai persediaan untuk melancarkan pelbagai jenis peluru berpandu.

"Teknologi yang digunakan untuk mencipta pelancar tersebut adalah asli," jurucakap pasukan pengawal, Kolonel Asghar Ghelich-Khani.

Peluru berpandu Shahab-3 mampu dilancarkan sejauh 2,000 kilometer dan secara teorinya, ia boleh melepasi sempadan Israel, malah sampai di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat.

Dalam pada itu, Iran menjelaskan latihan ketenteraan terbarunya akan membawa 'mesej keamanan dan persahabatan' kepada negara serantau.

Program peluru berpandu negara ini dikawal sepenuhnya oleh pasukan pengawal termasuk projek angkasa lepasnya dan perkara itu menjadi kebimbangan negara Barat.

Sementara itu, kuasa-kuasa Barat turut bimbang sekiranya program peluru berpandu yang dikeluarkan oleh negara ini mampu menghasilkan peluru nuklear. Malah Barat mengesyaki Iran berselindung di sebalik projek nuklearnya. - AFP

Unknown , Khamis, Jun 30, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog