
TIMOTHY LIM memperagakan iPhone4 yang turut mendapat sentuhannya bersama kumpulan pereka Apple Inc.
Lim teruja dapat peluang bekerja dengan kumpulan pereka Apple Inc
KUALA LUMPUR : Siapa sangka, telefon pintar, iPhone4 yang mencetus fenomena di kalangan peminat gajet di seluruh dunia mendapat sentuhan remaja Malaysia, Timothy Lim, 24, yang dipilih gergasi elektronik dan perisian komputer, Apple Inc untuk menyertai kumpulan pereka dalam projek membangunkan alat telekomunikasi canggih itu.
Lim yang kini bertugas sepenuh masa dengan Yahoo! Inc sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan Bahagian Pengurusan Operasi berkata, peluang bekerja dengan kumpulan pereka iPhone4 pada 2008 dianggap suatu permulaan positif untuk memburu impiannya dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada peringkat global.
"Ia bukan saja mencabar malah cukup menyeronokkan. Biarpun pasukan kami datang dari pelbagai budaya dan latar belakang serta usia, kami diberi sepenuhnya autonomi dari segi kreativiti bagi menghasilkan generasi iPhone terbaik dalam kelasnya yang tersendiri.
"Ternyata pengalaman bersama Apple cukup mengujakan, siapa sangka anak Malaysia seperti saya diberi peluang menyumbang dalam rekaan gajet generasi masa kini seperti iPhone4," katanya pada sidang media untuk berkongsi pengalaman membangunkan iPhone4 dan bekerjasama bersama krew teknikal dan pereka Apple Inc di sini, semalam.
Lim yang kembali ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga selepas menghadiri perkahwinan saudara terdekat di Phuket, Thailand, akan berlepas pulang ke Amerika Syarikat (AS), esok.
Beliau yang mesra dipanggil Tim, mencipta sejarah tersendiri apabila memperoleh 16A1 dalam peperiksaan A Level pada 2007. Selain cemerlang dalam bidang akademik, jejaka kelahiran London, United Kingdom (UK) ini juga menggemari sukan lasak dan muzik.
Lim yang memiliki dua ijazah kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Biokimia serta Pengurusan Sains dan Kejuruteraan dari Universiti Stanford, California, menyifatkan pengalaman bersama Apple Inc adalah asas terbaik untuk menyertai bidang perundingan dan pengurusan.
"Sekarang saya menyalurkan kreativiti dalam membangunkan rekaan teknologi maklumat (IT) dengan beberapa syarikat lain seperti Dancing Astronaut iaitu sebuah laman muzik tarian elektronik," katanya.
Berkongsi pengalaman bekerja di seberang laut, Lim berkata, ramai anak-anak Malaysia pintar menjadi penuntut contoh di universiti tersohor di luar negara.
"Bagaimanapun, kebolehan dan pengetahuan mereka hanya sia-sia jika negara masih ketinggalan dari segi menyediakan keperluan dan kemudahan yang setimpal dengan kepakaran mereka.
"Saya berkerja di luar negara bukan semata-mata kerana wang atau nama, sebaliknya lebih kepada menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan kerana saya nampak potensi Malaysia yang sangat cerah untuk menjadi peneraju dalam bidang telekomunikasi dan IT," katanya.
Ditanya nasihat beliau kepada generasi muda tempatan, Lim berkata:
"Nasihat terbaik ialah jangan sesekali hadkan sasaran anda dalam apa juga bidang yang diceburi, sentiasa berfikir di luar kotak dan usah sesekali terdorong dengan tradisi untuk menjadi seorang profesional kerana wang dan prestij.
"Kembalikan dan kongsi sesuatu yang dapat disumbangkan kepada masyarakat serta dimanfaatkan demi kebaikan bersama. Malah, lebih wajar jika kita sama-sama fikirkan cara mengaplikasikan apa yang ditimba di luar negara demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih makmur dan maju," katanya.
Lim berjanji suatu hari kelak, beliau akan pulang ke tanah air dan menyumbang kepakarannya dalam bidang kejuruteraan dan pembangunan telekomunikasi. - Berita Harian
Adam Merah
,
Ahad, Jun 12, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Adam Merah
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
iPhone4 dapat sentuhan warga Malaysia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "