Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu iaitu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter.
Ketua Penerangan PAS Perak ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia bahawa harga minyak boleh diturunkan.
"Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.
"Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau turut mempersoal apa penjelasan yang mahu diberikan Umno BN dengan tindakan terbaru negara jiran itu.
Sebelum ini kata Khalil, pemimpin Umno BN sering mengatakan ekonomi Malaysia lebih baik dari Indonesia namun Malaysia dia tidak mampu untuk membela rakyatnya dengan menurunkan harga minyak.
"Ternyata Pemimpin BN berbohong kepada rakyat Malaysia dengan tidak mampu membela nasib rakyatnya yang duduk dalam keadaan tertekan dan dihimpit resiko kenaikan harga barang apabila setiap kali harga minyak naik.
"Realitinya pemimpin BN sekarang menjadi penghisap darah kepada rakyat dengan sewenangnya menaikkan harga minyak RON 97 dan pada bila-bila masa RON 95 akan mengalami kenaikan harga," tegasnya.
Sehubungan itu beliau menyeru rakyat memastikan dalam PRU ke 13 akan datang BN diletakkan sebagai pembangkang dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin kritikal. - Harakahdaily

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "