2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Gerhana warna 'darah pekat'

KOMBINASI foto menunjukkan keadaan bulan pada awal hingga akhir gerhana dilihat dari Baitulmaqdis.
 
Proses bulan ditutup bayang bumi berlangsung 100 minit
 
LONDON: Ahli astronomi di Eropah, Afrika, Asia dan Australia, berpeluang menyaksikan gerhana bulan paling lama dalam tempoh 11 tahun dan yang pertama tahun ini malam semalam.
 
Ahli astronomi di Britian bagaimanapun tidak berpeluang menyaksikan peringkat awal gerhana, kerana ia berlaku sebelum bulan muncul. Matahari terbenam di Britain pada kira-kira jam 9.19 malam waktu tempatan.
 
Sebilangan penduduk yang cuba menyaksikan gerhana bulan di seluruh negara termasuk di Lake District dan London, kecewa apabila ia dilindungi awan.
 
Ramai di kalangan mereka berharap dapat menyaksikan gerhana penuh, apabila bulan 'tenggelam' dalam bayangan Bumi ketika ia bergerak ke ufuk dari Britain dan Ireland.
 
Pemerhati bintang di langit cerah di seluruh dunia berpeluang menyaksikan fenomena yang jarang dilihat apabila bayang-bayang bumi mula bergerak turun jam 6.24 petang dan naik semula sebelum tengah malam.
 
'Gerhana penuh' iaitu apabila permukaan bulan ditutup sepenuhnya oleh bayang bumi, berlangsung selama kira-kira 100 minit. Kalangan saintis berkata, ia adalah tempoh paling lama sejak ia berlaku pada Julai 2000.
 
Penduduk di Hemisfera selatan terutama Australia dan Asia Tenggara pula berpeluang menyaksikan pemandangan gerhana yang menarik berikutan awan debu dari gunung berapi di Chile.
 
Krisis awan debu menyebabkan keadaan lalu lintas menjadi kelam kabut di Australia, dengan beratus-ratus penerbangan di seluruh wilayahnya terpaksa dibatalkan.
 
Rakyat Amerika bagaimanapun tidak berpeluang menyaksikan gerhana berkenaan. Gerhana bulan berlaku apabila Bumi membayangi keseluruhan bulan.
 
Kadangkala permukaan bulan boleh bertukar warna menjadi kemerahan, coklat tembaga atau oren, berikutan biasan cahaya matahari yang melintasi atmosfera.
 
Fenomena yang berlaku malam semalam dikenali sebagai 'deep lunar eclipse'.
 
Namun, kepekatan warna bergantung kepada jumlah abu dan debu di atmosfera, manakala saintis berkata gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa memerlukan perlindungan.
 
Di beberapa negara Asia, orang ramai mula berpusu-pusu mencari lokasi sesuai kira-kira empat jam sebelum gerhana bermula manakala beratus-ratus ahli astronomi profesional dan amtatur berhimpun sebelum subuh untuk membuat pemerhatian.
 
Bagaimanapun, ada pihak tidak berminat dengan perubahan planet menganggap fenomena ini membawa malang.
 
Pentadbir di beberapa buah kuil Hindu dilaporkan menutup pintu bagi mengelak terkena 'kuasa jahat' daripada gerhana bulan. – Agensi
 
INFO: Kronologi gerhana
# Gerhana bulan penuh terakhir berlaku pada tahun 2000.
# Debu gunung berapi Chile jadikan warna gerhana bulan merah pekat.
# Ada menganggap gerhana sebagai kuasa jahat.
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Jun 18, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog