2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 4:06 PM

30Khamis,Jun

Empat jutawan Malaysia pemurah


KUALA LUMPUR - Empat rakyat Malaysia iaitu Datuk Vijay Eswaran dari Kumpulan Ql, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya, pengasas IJM Corporation, Koon Yew Yin dan arkitek terkemuka Hijjas Kasturi adalah antara 48 orang yang dinamakan sebagai Wira Dermawan Forbes Asia.

Senarai itu disusun oleh Forbes setiap tahun dengan tujuan memperkenalkan tokoh-tokoh terkemuka di rantau Asia.

Mereka disenaraikan bersama-sama jutawan Asia terkemuka yang lain seperti aktor Jackie Chan dari Hong Kong dan Vivek Oberoi dari India serta arkitek Tadao Ando dari Jepun.

Senarai tahunan itu memperkenalkan dermawan yang belum pernah ditonjolkan oleh Forbes Asia sebelum ini.

Vijay, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Kumpulan QI, terpilih kerana sumbangan meluas bernilai jutaan dolar bagi pelbagai tujuan di seluruh dunia termasuk inisiatif program kesihatan awam, pendidikan dan kebudayaan. - Kosmo!

+


Rakyat Malaysia Berada Dalam Senarai "Wira Dermawan" Forbes Asia

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Rakyat Malaysia,  Datuk Vijay Eswaran dari Kumpulan Syarikat Ql, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya, Pengasas IJM Corp, Koon Yew Yin dan arkitek terkemuka Hijjas Kasturi, adalah antara 48 orang yang dinamakan sebagai "Wira Dermawan" Forbes Asia.

Senarai itu disusun oleh Forbes setiap tahun dengan tujuan memperkenalkan tokoh-tokoh terkemuka di rantau ini.

Vijay, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Bersama Kumpulan Syarikat QI, terpilih kerana sumbangan meluas bernilai jutaan dolar bagi pelbagai tujuan di seluruh dunia, yang termasuk inisiatif program kesihatan awam, pendidikan dan kebudayaan.

Beliau mengendalikan syarikatnya berasaskan falsafah RYTHM, satu singkatan bagi "Raise Yourself to Help Mankind" (Memajukan Diri Anda Bagi Membantu Kemanusiaan) yang diterapkannya di kalangan warga kerja perniagaannya di seluruh dunia.

Kepelbagaian urus niaga kumpulan syarikatnya termasuk peruncitan, pengembaraan, telekomunikasi, jam tangan, produk mewah, kecergasan, latihan, teknologi dan pelaburan korporat.

Pada Februari, seorang lagi rakyat Malaysia yang berada dalam senarai Forbes Asia, Pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan, berikrar untuk menderma sekurang-kurangnya setengah daripada kekayaannya kepada kerja-kerja amal.

Ini berikutan keputusannya untuk menyertai "The Giving Pledge" yang diilhamkan oleh Bill Gates, isterinya Melinda dan Warren Buffett.

Arkitek terkemuka Hijjas Kasturi, 74, dan Angela Hijjas, 61, telah menaja dan menjadi hos lebih 100 artis, penulis dan penggiat seni sejak memulakan program residen pada 1994 di rumah tradisi Malayu mereka di satu taman tropika di luar Kuala Lumpur.

Program itu dibiayai sebahagiannya oleh keuntungan dari satu hotel butik di George Town, Pulau Pinang, yang mereka tukar dari satu kluster rumah kedai pra-perang. Pemuliharaan itu membantu menghidupkan satu kawasan tinggalan dan menjadi satu studio untuk para artis.

Koon, 78, Pengasas Bersama IJM Corp, menderma kira-kira $300,000 setahun untuk pelbagai tujuan. Beliau juga membiayai biaiswa bagi para pelajar yang memerlukan dan telah menaja 80 pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman.

Beliau sebelum ini berkata telah mempelajari nilai pendidikan bagi keluar dari kemiskinan, selepas membesar di dalam keluarga seramai 12 adik beradik.

Rakyat Malaysia itu disenaraikan bersama-sama orang Asia terkemuka yang lain seperti aktor Jackie Chan dari Hong Kong dan Vivek Oberoi dari India, serta arkitek Tadao Ando dari Jepun.

Senarai tahunan itu memperkenalkan dermawan yang belum pernah ditonjolkan oleh Forbes Asia sebelum ini. - Bernama



Unknown , Khamis, Jun 30, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog