2+4 hrs...Twogether Fourever

/

DARAH TINGGI PEMBUNUH SENYAP LELAKI

PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI CUKUP SINONIM DENGAN GELARAN PEMBUNUH SENYAP. INI BERIKUTAN KERANA GEJALANYA SUKAR DIKESAN MELAINKAN SEKIRANYA TERDAPAT KOMPLIKASI SERIUS PADA JANTUNG DAN KEGAGALAN FUNGSI BUAH PINGGANG. KEBIASAANNYA, PENYAKIT INI MUDAH MENDAMPINGI GOLONGAN LELAKI YANG BERUSIA LEBIH DARIPADA 40 TAHUN DAN KE ATAS.

Namun begitu senario ini telah berubah kerana golongan muda juga turut berdepan dengan penyakit ini. Kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 4.8 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia menghidapi penyakit tekanan darah tinggi dan dua pertiga daripada jumlah tersebut tidak menyedari mereka mengalami gejala itu. Malah kebanyakannya tidak begitu memandang serius terhadap masalah yang dihadapi.

Hipertensi sememangnya sukar dikesan kerana penyakit ini tidak menunjukkan sebarang gejala yang ketara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu hipertensi primer dengan 95 peratus terjadinya peningkatan tekanan tanpa tidak diketahui puncanya.

Bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko serangan penyakit ini iaitu usia, keturunan, tabiat merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan garam yang tinggi, masalah kegemukan, kurang bersenam dan stres berlebihan.

Manakala hipertensi sekunder iaitu kesan daripada komplikasi penyakit yang lain seperti penyakit ginjal, penyakit endoktrin dan pengambilan ubat yang tidak teratur. Kebanyakan mereka yang menghidapi hipertensi ini adalah mereka yang berada di kawasan bandar besar. Komitmen terhadap kerja yang banyak dan keadaan yang selesa menyebabkan warga kota lebih berisiko malahan amalan gaya hidup yang tidak sihat iaitu kurang bersenam dan tekanan kerja yang tinggi telah menyebabkan peratusan meningkat pada setiap tahun.

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh mengundang padah kerana mendedahkan individu kepada ancaman penyakit lain. Tekanan darah yang tinggi dan berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting badan iaitu sel-sel jantung, buah pinggang, sel otak dan mata hingga mengakibatkan penyakit jantung, serangan angin ahmar atau strok dan penyakit buah pinggang.

Dibimbangi kerosakan ini cuma dapat dikesan apabila ia sudah mencapai tahap serius. Kesan ini akan lebih dirasai sekiranya tekanan darah terlalu tinggi. Sel-sel jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Jika dibiarkan, lama-kelamaan dinding jantung akan menebal dan jantung akhirnya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pendarahan Dalam Otak

Hipertensi juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dalam otak yang ada kalanya serius dan boleh menyebabkan kematian mendadak. Sementara itu, kerosakan buah pinggang boleh berlaku kepada tekanan darah yang amat tinggi dan dalam jangka masa yang panjang. Jika sel-sel buah pinggang mengalami kerosakan serius yang tidak diubati, pilihan terakhir adalah rawatan dialisis. Malah, hipertensi juga boleh membunuh sel-sel retina mata dan menyebabkan pendarahan dalam mata.

Hipertensi memberi kesan negatif kepada jantung dari banyak segi. Kesan yang paling lazim ialah perubahan dalaman pembuluh darah yang membekalkan darah dan nutrien ke sel-sel jantung. Proses atesroskelorosis akan terjadi lebih cepat dan akibatnya pembuluh darah akan menyempit dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Kesan yang seterusnya adalah perubahan struktur dinding jantung dan ruang dalaman jantung yang lama-kelamaan penghidapnya akan mengalami penyakit lemah jantung dan ketidakstabilan rentak jantung. Ketidakstabilan rentak jantung ini jugalah yang sering membawa kepada serangan angin ahmar.

Berbanding lelaki melewati usia 40-an, lelaki muda terutama masih bujang ini sukar mempercayai bahawa mereka juga berisiko mengidap darah tinggi dan enggan bertemu doktor.

Sikap ini dikesali kerana hakikatnya mereka merupakan kelompok yang paling muudah menangani ancaman darah tinggi hasil perubahan gaya hidup seperti menguruskan badan. Rawatan adalah kunci utama kelangsungan hayat penghidap darah tinggi.

Selain itu juga, sekiranya hipertensi ini hanya pada tahap yang masih boleh dirawat secara -'non-pharmakologikal', ia tidak menjadi masalah kerana pada peringkat ini hipertensi masih boleh dikurangkan secara perlahan-lahan dengan mengubah amalan hidup yang lebih sihat.

Namun begitu, sekiranya hipertensi ini dikesan berlaku secara serentak akibat komplikasi seperti penyakit angin ahmar, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan diabetes itu dibimbangi pada peringkat ini pesakit terpaksa melalui pelbagai peringkat rawatan bergantung kepada tahap bacaan darah.

Muhammad Ttuyup , Rabu, Jun 22, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog