Itulah yang ditekankan oleh Perunding Ginekologi, Dr Tang Boon Nee, yang sangat percaya bahawa bahagian kemaluan dan muka mempunyai persamaan dalam banyak perkara.
'Antaranya kedua-dua bahagian ini mempunyai kulit yang sensitif, bulu-bulu halus, membran mukos, jerawat, reaksi alergi, mudah kering, berkeruping dan mendapat jangkitan kulat,' kata beliau ketika menyampaikan bengkel anjuran Sanofi Aventis, pengedar utama pencuci bahagian sulit wanita, Lactacyd baru-baru ini, lapor Utusan Malaysia.
Kata beliau, biasanya orang lebih memberi perhatian pada penjagaan kulit muka kerana menganggap ia sebagai penampilan pertama dan mengabaikan penjagaan bahagian sulit hanya kerana ia tertutup.
Kita juga, katanya sanggup berbelanja lebih untuk penjagaan wajah dan langsung tidak mempedulikan penjagaan alat sulit sehingga masalah melarat baru hendak merujuk kepada doktor.
Tegas Dr Tang, tanggapan begitu patut diubah kerana alat sulit juga sama pentingnya dengan anggota tubuh yang lain dan ia sebenarnya lebih terdedah kepada jangkitan bakteria serta pelbagai masalah berkaitan sakit puan yang lain.
'Alat sulit mudah dijangkiti kuman, mengalami keradangan, tercedera dan mendapat penyakit seperti bartholin's cyst, alahan bahagian vulva, herpes, ketuat vulva dan kanser vulva,' katanya.
Setiap wanita kata beliau sering mengadu mengenai kegatalan di bahagian alat sulit. Ada kalanya ia turut mengundang kesakitan apabila digaru, membengkak malah keadaan lebih buruk seperti berbau disebabkan pengeluaran cecair.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, masalah tersebut merupakan perkara biasa terutama bagi mereka yang tinggal dalam keadaan cuaca tropika yang panas dan lembap. Keadaan itu katanya memudahkan pembiakan kulat di bahagian yang tertutup.
Kebiasaannya, wanita yang mengalami berat badan berlebihan dan penghidap diabetis lebih terdedah kepada masalah di bahagian alat sulit. Tidak kira mereka yang aktif seks atau tidak, penjagaan bahagian sulit perlu diberi perhatian oleh setiap wanita, katanya.
Namun tegasnya, harus diingat bahawa tidak semua kegatalan berpunca daripada jangkitan, tidak semua pengeluaran cecair adalah penyakit dan tidak semua ketulan atau lump menunjukkan petanda barah.
'Apa yang penting, jangan malu untuk berjumpa doktor dengan segera andai menyedari terdapat kelainan pada bahagian alat sulit anda,' kata beliau.
Berikut adalah antara langkah untuk penjagaan bahagian sulit wanita:
Di samping itu, harus juga diamalkan:
Selain itu, Dr Tang juga berkongsi jawapan bagi beberapa soalan yang sering ditanya kaum wanita.
Soalan: Patutkah saya mencukur bulu kemaluan?
Jawapan: Terpulang pada keselesaan masing-masing. Bagi sesetengah individu, bercukur licin menyebabkan kulit mereka menjadi gatal. Cukup sekadar memastikan ia pendek dan yang penting kebersihan terjaga.
S: Adakah pengeluaran cecair di bahagian alat sulit menyebabkan saya berbau?
J: Biasanya, individu yang mengalami keadaan itu sedar dengan bau yang tidak menyenangkan tetapi orang di sekeliling tidak.
S: Cukupkah sekadar membasuh dengan air?
J: Saya lebih gemar mengesyorkan wanita menggunakan sabun lembut.
S: Berapa kerap alat sulit perlu dibasuh dengan sabun?
J: Dua kali sehari atau setiap kali membuang air kecil dan besar.
S: Adakah perlu pemakaian alas seluar dalam?
J: Tidak semestinya. Jika tidak ada masalah pengeluaran cecair tidak perlu. Namun jika dipakai, ia perlu diganti dengan kerap.
S: Bila sepatutnya saya bertemu doktor?
J: Andainya mengalami pengeluaran cecair yang berwarna kuning kehijauan, berbau dan berterusan melebihi tiga hari, juga andainya terdapat ketulan, ketuat atau sebarang keganjilan pada alat sulit.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "