/

440 Reaktor Tenaga Nuklear Di Dunia, 40 Projek Nuklear Dilaksana Di Asia

MOSCOW, 6 Jun - Asia, khasnya Asia-Pasifik kekal sebagai arena utama untuk perluasan tenaga nuklear di dunia, dengan sekurang-kurangnya 40 projek sedang dilaksanakan, persidangan nuklear diberitahu di sini Isnin.

China, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan terbesar di dunia dan yang dahagakan tenaga, mempunyai 24 projek yang sedang dilaksanakan dan kekal nombor satu kerana kira-kira 100 projek dalam senarainya dan banyak akan dapat beroperasi, kata Dr Hooman Peimani, Ketua Felo dan Ketua Bahagian Keselamatan Tenaga, Institut Kajian Tenaga, National University of Singapore.

Negara-negara lain yang sedang melaksanakan projek tenaga nuklearnya adalah Korea Selatan (enam), India (empat), Taiwan (dua) sementara Pakistan, Jepun, Iran dan Vietnam masing-masing ada sebuah.

Beliau berkata permintaan untuk tenaga nuklear kekal walaupun krisis loji tenaga Fukushima di Jepun yang disebabkan gempa bumi dan tsunami Mac lepas.

"Insiden Fukushima telah membangkitkan satu perhatian global mengenai keselamatan tenaga nuklear kerana orang ramai mengaitkan tenaga nuklear dengan kemalangan dan bencana," kata beliau.

Tetapi menurut beliau, persepsi negatif itu disebabkan laporan yang ditokok tambah oleh media dan pengetahuan yang cetek mengenai tenaga nuklear di seluruh dunia.

Pada hakikatnya, beliau berkata dunia telah menyaksikan enam dekad generasi tenaga oleh tenaga nuklear bermula pada 1950-an, dan beratus-ratus reaktor tenaga nuklear sedang beroperasi di seluruh dunia sejak 1950-an.

Beliau berkata terdapat 440 reaktor tenaga nuklear sedang digunakan pada tahun ini dan hanya tiga kemalangan yang signifikan yang membawa pada pengeluaran bahan radioaktif sejak 1950-an.

Kemalangan nuklear berlaku pada Februari 1979 di Three Mile Island (AS), April 1986 Chernobyl (Ukraine) dan Fukushima (Jepun) Mac lepas.

Walaupun krisis di Fukushima, Peimani berkata semua negara Asia dengan program nuklear yang aktif atau ke arah itu, termasuk Jepun, telah mengulangi komitmennya untuk meneruskan era pascaFukushima.

Beliau berkata hanya Thailand dan Filipina telah mengisytiharkan pemberhentian seketika dalam program nuklear dalam era pra-Fukushima.

Antara sebab yang mewajarkan penggunaan tenaga nukelar ialah kurang bergantung pada bahan api fosil yang diimport, implikasi kewangan, politik dan keselamatan bagi pengimport serta pengurangan rizab minyak, gas dan batu arang di negara-negara yang kaya dengan tenaga fosil.

Malahan, Peimani berkata negara-negara ini memberikan perhatian dengan ketidakstabilan, penukaran kerajaan dan konflik bersenjata di banyak negara Arab termasuk negara pengeksport minyak dan gas seperti Algeria, Mesir, Libya, Oman dan Yemen.

Negara-negara ini bimbang dengan konflik tersebut yang boleh merebak ke negara pengeksport minyak dan gas seperti Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Arab Saudi, kata beliau. - Bernama

Daripada D. Arul Rajoo

Unknown , Rabu, Jun 08, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog