/

Tiada bukti kerajaan Pakistan tahu lokasi Osama bin Laden

ISLAMABAD 27 Mei - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton hari ini berkata, tiada bukti menyatakan pemimpin kerajaan Pakistan tahu di mana pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden bersembunyi sebelum dibunuh komando AS pada 2 Mei lalu.

Clinton yang mengadakan lawatan mengejut ke negara ini berkata, AS tidak mempunyai sebarang bukti tentang perkara itu, tetapi beliau yang pasti akan pulang ke Washington dengan 'komitmen yang lebih' dalam hubungan dua negara tersebut.

"Ini adalah satu kunjungan penting kerana hubungan AS-Pakistan telah mencapai satu titik perubahan. Osama telah mati, tetapi al-Qaeda dan jaringan keganasan masih menjadi ancaman serius kepada kedua-dua negara.

"Kunjungan ini juga merupakan satu momentum kepada perdamaian politik di Afghanistan, tetapi pemberontakan terus beroperasi di tempat yang selamat seperti Pakistan," katanya dengan menambah beliau percaya Pakistan dan AS mempunyai matlamat yang sama.

Dalam kunjungannya ke Pakistan hari ini, Clinton bertemu Presiden Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani sebelum bertemu ketua tentera Ashfaq Kayani serta Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan Pakistan (ISI) Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.

Beliau merupakan pegawai paling kanan AS yang melawat Islamabad selepas hubungan antara dua negara itu tegang berikutan serbuan yang dijalankan anggota komando elit SEAL Tentera Laut AS yang menyebabkan kematian Osama.

Clinton dalam pada itu berkata, Pakistan dan AS perlu lebih proaktif dalam memerangi militan.

"Kedua-dua negara perlu bekerjasama untuk membunuh atau memburu lebih ramai pengganas di negara ini," katanya.

Kematian Osama di bandar Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari ibu negara Islamabad dalam serbuan AS awal bulan ini, menimbulkan keraguan tentang kemampuan serta kebolehan Pakistan sebagai rakan kongsi AS untuk memerangi militan.

Kerajaan Pakistan mengalu-alukan kematian Osama, tetapi marah dan malu dengan serbuan sulit tersebut kerana ia telah mencabul kedaulatan negara. - AFP

Unknown , Ahad, Mei 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog