WASHINGTON: Pengasas program nuklear Pakistan secara habis-habisan mempertahankan pendirian negaranya memiliki senjata itu sebagai faktor yang menghalang mereka daripada menerima nasib seperti yang menimpa Iraq atau Libya.
Ketika memberitahu pandangannya menerusi majalah Newsweek, Abdul Qadeer Khan, berkata senjata nuklear Pakistan berupaya menghalang peperangan dengan seteru ketatnya India yang dituduhnya menjalankan 'program atom besar-besaran' kerana bercita-cita untuk mencapai status kuasa dunia.
"Jangan ketepikan fakta bahawa tiada negara yang mempunyai keupayaan nuklear menjadi sasaran ketenteraan atau penjajahan serta kawasan sempadannya ditulis semula.
"Jika Iraq dan Libya menjadi kuasa nuklear, mereka tidak akan dimusnahkan dengan cara yang kita lihat baru-baru ini," kata Qadeer.
Beliau juga berpendapat bahawa Bangladesh tidak akan mendapat kemerdekaan pada 1971 jika Pakistan mempunyai senjata nuklear.
Pada masa itu, India menyokong kemerdekaan Bangladesh yang berhasil selepas pertempuran sembilan bulan yang dihentikan tentera Pakistan selepas pertumpahan darah dahsyat.
Ramai rakyat Pakistan menganggap Qadeer sebagai wira negara kerana membangunkan bom nuklear pertama di sebuah negara Islam. India dan Pakistan melakukan ujian nuklear pada 1998.
Qadeer mengakui pada 2004 beliau melakukan penjualan nuklear rahsia di pasaran gelap kepada Iran, Libya dan Korea Utara. Namun, beliau kemudian menarik balik kenyataannya dan pada 2009 dibebaskan daripada tahanan rumah, walaupun diminta mendiamkan diri.
Pada Mac lalu, kuasa Barat melancarkan satu kempen ketenteraan ke atas Libya berhubung kebimbangan keganasan ke atas orang awam. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersetuju pada 2003 untuk menamatkan program nuklearnya dan cuba berbaik dengan Barat.
Pakistan semakin bimbang mengenai program nuklearnya selepas tentera Amerika Syarikat berupaya memasuki negara itu secara rahsia untuk membunuh lelaki paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden, yang tinggal di bandar tentera Abbottabad, pada 2 Mei lalu.
Qadeer menyelar rakyat Pakistan tertentu yang memegang pandangan bahawa mereka tidak mampu untuk terus memiliki program nuklear sendiri kerana negara itu dibelenggu kemiskinan. – AFP
Khamis, Mei 19, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Senjata nuklear penyelamat Pakistan daripada musibah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "