2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Obama Vs Osama

3 balu Osama tunjuk sikap permusuhan pada AS

WASHINGTON 13 Mei - Tiga balu Osama bin Laden dengan terang-terangan menunjukkan 'sikap permusuhan' terhadap pegawai perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat (AS) yang menyoal siasat mereka.
 
Ketiga-tiga balu Osama itu berada dalam tahanan pihak berkuasa Pakistan selepas serangan komando AS yang membunuh ketua al-Qaeda tersebut.
 
Mereka bertiga dilaporkan disoal siasat sebagai satu kumpulan, meskipun AS mahu menyoal mereka secara berasingan, dan mereka terang-terangan menunjukkan 'sikap permusuhan' semasa disoal siasat oleh pegawai AS, lapor CNN, semalam dengan memetik kenyataan pegawai Pakistan dan AS.
 
Balu paling tua bercakap bagi pihak dirinya dan dua lagi balu Osama termasuk isteri muda Amal Ahmed Abdul Fatah (gambar) dalam soal siasat yang turut dihadiri oleh pegawai agensi Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan.
 
Pegawai kedua-dua kerajaan memberitahu CNN, perkongsian maklumat perisikan diteruskan meskipun ketegangan meningkat antara kedua-dua sekutu itu berikutan serangan komando AS ke atas Osama yang dilancarkan tanpa pengetahuan Islamabad.
 
White House menggesa Pakistan membantu meredakan kecurigaan yang semakin meningkat dengan membenarkan penyiasat AS menyoal siasat balu-balu Osama itu.
 
Ketiga-tiga wanita itu dipercayai boleh memberi maklumat penting tentang rangkaian al-Qaeda dan pembabitan Osama dalam operasi mereka.
 
Washington menuntut siasatan mengenai bagaimana ketua al-Qaeda itu boleh tinggal bertahun-tahun di sebuah bandar garison yang terletak kurang satu kilometer dari sebuah akademi tentera terkemuka dan hanya 56 kilometer dari Islamabad.
 
Pegawai Pakistan mengutuk serangan komando AS itu tetapi menafikan mereka melindungi lelaki yang dipercayai mendalangi serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat. - AFP
 
 
+
 
E-mel Osama gagal dikesan
 
WASHINGTON: Melalui perantara dan cakera komputer murah, Osama bin Laden berjaya mengirim e-mel kepada pihak tertentu ketika bersembunyi tanpa meninggalkan sebarang jejak digital untuk perisik Amerika Syarikat.
 
Walaupun sistem dipraktikkan Osama itu memakan masa dan tenaga, ia tetap berkesan dan membolehkan pemimpin al-Qaeda itu menjadi penulis e-mel yang prolifik ketika tempat persembunyiannya tidak dilengkapi sebarang sambungan telefon atau Internet.
 
Kaedah itu, kata seorang pegawai antipengganas AS, mengecewakan usaha Barat mengesan jejak Osama melalui dunia siber.
 
"Rangkaian sistem Osama dibina atas dasar disiplin dan kepercayaan," katanya.
 
Menurut pegawai itu, kaedah berkenaan bagaimanapun turut meninggalkan banyak arkib pertukaran e-mel di antara Osama dengan pihak lain untuk diselidik.
 
"Sejumlah rekod elektronik yang dikeluarkan dari tempat persembunyian Osama selepas dia dibunuh awal bulan ini mendedahkan ribuan mesej dan kemungkinan ratusan alamat e-mel," katanya.
 
Sumber itu berkata, apabila Osama mahu menghantar mesej, dia menulisnya di dalam komputer dan disimpan dalam pemacu memori untuk diserahkan kepada perantara.
 
Katanya, perantara itu kemudian menyalin mesej berkenaan ke dalam e-mel di tempat lain untuk dihantar kepada pihak yang berkenaan.
 
Apabila ada mesej dari luar untuk Osama, kaedah sama digunakan perantara berkenaan.

"Proses itu lambat dan sangat teliti tetapi berkesan dipertahankan sekian lama sehingga memeranjatkan pegawai perisikan veteran," katanya. - AP
 
 
+
 

Komando rakam operasi
 
WASHINGTON: Satu laporan mendakwa, komando Amerika Syarikat merakamkan serbuan mereka ke atas tempat persembunyian Osama bin Laden 2 Julai lalu menggunakan kamera kecil yang dipasang pada topi keledar.
 
CBS News melaporkan, 25 komando SEAL menyerbu kediaman tiga tingkat di Abbottabad bersama kamera yang dipasang di kepala masing-masing.

Menurut pegawai AS yang melihat rakaman itu, satu-satunya insiden tembak-menembak berlaku di luar bangunan berkenaan.
 
Ketika itu, lapor CBS News, utusan Osama melepaskan tembakan tetapi dia kemudiannya ditembak mati.

Sejurus selepas itu, komando terbabit ternampak Osama untuk kali pertama di tingkat tiga dan tembakan dilepaskan ke arahnya, namun tidak mengena.

Osama kemudian bersembunyi di dalam bilik tidurnya.
 
Anggota SEAL pertama memasuki bilik itu menarik anak perempuan Osama yang ada di situ, manakala komando kedua diserbu seorang daripada isteri tokoh berkenaan.

Bagaimanapun, komando kedua itu menolak wanita terbabit ke tepi sebelum melepaskan satu das tembakan ke dada Osama.
 
Komando ketiga masuk ke bilik dan menembak kepala Osama pula. - AFP
Unknown , Ahad, Mei 15, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog