WASHINGTON 23 Mei Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran kepada penyokong Israel mengenai bahaya yang dihadapi jika rundingan dengan Palestin terus menemui jalan buntu.
Obama turut mempertahankan prinsip-prinsip beliau bagi mencapai perjanjian damai yang membawa kepada penubuhan negara Palestin bersempadan dengan Israel atau apa yang digambarkan sebagai 'penyelesaian dua negara'.
Presiden itu dalam ucapan kepada pertubuhan pelobi Israel, AIPAC semalam berkata, beliau tidak membangkitkan 'sesuatu yang baru' apabila beliau membentangkan prinsip-prinsip untuk mencapai perdamaian dalam satu ucapan yang mencetuskan kontroversi pada Khamis lalu.
Beliau menggesa Israel menerima sempadan yang wujud sebelum perang Arab-Israel 1967, dengan pertukaran wilayah yang dipersetujui bersama.
"Kerangka asas untuk rundingan sudah lama menjadi asas perbincangan di kalangan pihak-pihak terlibat, termasuk pentadbiran AS yang terdahulu," kata Obama kepada 10,000 anggota Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC).
Namun Obama berkata, beliau menyedari 'perkara paling mudah untuk dilakukan, terutamanya bagi seorang Presiden yang membuat persiapan untuk bertanding semula, ialah mengelakkan kontroversi' tetapi beliau mengambil pendirian tersebut kerana rundingan damai perlu dipulihkan segera.
Obama menyelia pelancaran semula rundingan damai pada September lalu tetapi menyaksikan usahanya gagal dalam masa beberapa minggu sahaja apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan memperbaharui tempoh pembekuan kegiatan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.
Semasa hadir di Oval Office, White House pada Jumaat lalu, Netanyahu dengan tegas menolak seruan Obama supaya Israel kembali kepada sempadan sebelum 1967, dengan alasan Israel akan sukar dipertahankan secara ketenteraan.
Bagaimanapun Netanyahu mungkin cuba meredakan perbalahan itu semalam apabila beliau berkata, beliau turut berkongsi wawasan Obama untuk mencapai perdamaian.
Penganalisis berkata, Obama menjadi Presiden pertama AS yang secara khusus menyatakan sempadan sebelum 1967 patut menjadi asas rundingan damai antara Israel dengan Palestin. AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "