MUAMMAR GADDAFI (kiri) bercakap kepada beberapa pegawai di sebuah hotel di Tripoli dalam imej yang disiarkan televisyen kelmarin.
TRIPOLI - Serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai pekarangan kediaman Muammar Gaddafi semalam, kata seorang pegawai.
Serangan itu dibuat beberapa jam selepas siaran televisyen di negara tesebut menyiarkan imej Gaddafi buat kali pertama sejak anak lelakinya terbunuh dalam serangan NATO pada bulan lalu.
"Tiga orang terbunuh di sini dan tiga maut di tempat lain, selain 10 orang yang cedera", kata pegawai berkenaan sambil menunjuk ke arah timbunan beg pasir berhampiran sebuah kawah di sebatang jalan berhampiran kediaman Gaddafi di kompleks Bab Al-Azaziyah di sini.
Pegawai itu dan seorang lagi petugas rejim Gaddafi yang mengiringi pasukan media asing melawat tempat kejadian menyatakan, semua yang terbunuh dalam serangan waktu pagi itu adalah orang awam.
Namun, wartawan agensi berita Associated French Press yang berada di tempat kejadian tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.
Serangan jet-jet pejuang NATO itu dibuat beberapa jam selepas stesen televisyen Libya menyiarkan Gaddafi menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di sini.
Siaran tersebut merupakan kemunculan pertama Gaddafi di hadapan kamera sejak anak lelaki bongsunya, Saif Al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam satu serangan NATO bertujuan untuk membunuh pemimpin veteran itu.
Kemunculan Gaddafi itu juga dibuat bagi menangkis desas-desus mengenai nasibnya selepas NATO melancarkan serangan yang menyebabkan Saif dan tiga cucunya maut pada bulan lalu.
NATO yang disertai Amerika Syarikat, Perancis dan Britain melancarkan serangan di Libya bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di negara ini.
Zon larangan itu dikuatkuasakan selepas mendapat persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ekoran pergolakan di antara kumpulan pemberontak dengan tentera Gaddafi. - Agensi
+
Gaddafi muncul kembali
TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang didakwa menghilangkan diri akhirnya muncul dalam satu siaran televisyen tempatan.
Rakaman itu menyiarkan beliau menghadiri mesyuarat bersama beberapa pemimpin puak di sebuah hotel, kelmarin, sekali gus menamatkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai kehilangannya sejak 30 April lalu.
Susulan daripada kemunculan Gaddafi itu menyebabkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang sering kali cuba untuk membunuh Gaddafi turut melancarkan serangan dalam tempoh 48 jam terhadap hotel Tripoli tersebut.
Pegawai kerajaan menyatakan Nato menyasarkan sekurang-kurangnya empat peluru berpandu di tengah bandar Tripoli dan sekitar kediaman Gaddafi di Bab al-Azaziya, semalam.
Terdahulu, pasukan pemberontak Libya mendakwa telah menawan lapangan terbang Misrata, sekali gus turut berjaya mengusir tentera barisan pertahanan Gaddafi dari kawasan barat bandar itu.
Sabtu, Mei 14, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang NATO lancar serangan selepas Gaddafi muncul silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "