/

Lelaki fikir fasal tidur dan makan sama banyak fikirkan soal seks

BUKAN seks sahaja yang difikirkan lelaki pada setiap masa.

Ini kerana satu kajian terbaru menunjukkan bahawa lelaki memikirkan tentang tidur dan makanan sebanyak mana mereka fikirkan tentang seks.

Penyelidik kajian itu, Profesor Terri Fisher, yang juga pakar psikologi di Universiti The Ohio State di Mansfield, memberitahu laman LiveScience:

'Kaum lelaki memikirkan banyak perkara yang berkaitan kesihatan, bukan sahaja tentang seks.'

Menurut beliau, kenyataan bahawa 'lelaki memikirkan seks setiap tujuh saat' merupakan kisah dongeng.

Dalam kajiannya, beliau meminta seramai 163 pelajar - lelaki dan wanita - supaya membawa bersama mereka carta dan menandakannya setiap kali mereka terfikirkan tentang seks, makanan atau tidur.

Hasilnya berbeza dengan ketara.

Terdapat seorang pelajar yang merekodkan hanya sekali terfikir tentang seks sehinggalah kepada seorang pelajar lelaki yang terfikir tentang seks sehingga 388 kali dalam tempoh 24 jam.

Tetapi secara purata, lelaki terfikir tentang makan dan tidur lebih kerap berbanding seks.

Tapi mereka (lelaki) fikirkan tentang ketiga-tiganya lebih kerap berbanding wanita.

Menurut Profesor Fisher 'Kaum Adam lebih sedar akan keadaan menjadi lapar atau letih atau teringin seks dan memberi tumpuan kepada ketiga-tiganya.

'Mereka juga lebih baik dalam mengesan keinginan tersebut dalam diri mereka berbanding wanita dan lebih sedia melahirkan apa yang mereka fikirkan.'

Beliau menambah bahawa pelajar yang memikirkan seks sebanyak 388 kali dalam sehari atau setiap 158 saat adalah lebih kurang berbanding kenyataan dongeng yang mengaitkan pemikiran itu setiap tujuh saat.

Pakar psikologi, Encik Jo Hemmings, pula menerangkan mengapa lelaki lebih pentingkan perihal 'perut' mereka.

Beliau memberitahu MailOnline 'Seolah-olah terdapat mekanisme pencetus yang lebih setiap kali mereka terfikir akan makanan.

'Apa yang dilihat dan bau yang berkaitan makanan, termasuk rasa lapar atau dahaga, lebih kerap berlaku dalam kehidupan harian - berbanding mekanisme pencetus setiap kali terfikir akan seks.'

Muhammad Ttuyup , Rabu, Mei 25, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog