>> Sayang, seminggu lagi kita Lisa akan jadi milik abang. Abang harap Lisa takkan menyimpan dendam. Abang juga harap Lisa boleh menerima abang sedanya, sama seperti abang menerima Lisa<<
Sebaik sahaja membaca message Hisham, hati Mellisa tiba-tiba mendidih. Kenapa lelaki ini hadir antara aku dan Azlan? Apa yang dia nak sebenarnya? Mellisa sedar, lelaki itu tidak mencintainya, pasti di paksa oleh Ummi untuk bertanggungjawab. Kononnya, anak mithali.
Majlis akad nikah berjalan dengan penuh sederhana atas permintaan Mellisa. Hanya keluarga terdekat yang di jemput. Tidak seorang pun sahabat handai semasa di sekolah dulu dijemput Mellisa. Alasan yang diberikan kepada Puan Maria kerana dia malu, berkahwin terlalu awal, bimbang diejek tidak sabar-sabar pula. Yang sebenarnya, Mellisa bimbang berita perkahwinan ini sampai pada Azlan.
Puan Maria mengikut sahaja permintaan puterinya itu. Puan Maria yakin keputusan mereka mengahwinkan Mellisa seawal ini adalah keputusan yang tepat kerana dia tidak begitu mempercayai Mellisa dapat menjaga diri sebaik mungkin di rantau orang. Jika dulu, dia membiarkan Mellisa bersekolah di Terengganu, kerana dia yakin dengan kawalan pihak sekolah, tapi apabila di universiti, dia bimbang dengan pergaulan bebas puterinya itu. Sekarang, hanya Shahrul, adik Mellisa yang perlukan perhatian daripadanya.
Dengan sekali lafaz, sahlah Mellisa menjadi isteri kepada Hisham Johari Johan. Tak disangka, semasa Mellisa mendengar akad yang dilafazkan Hisham tadi, satu perasaan aneh meresap dalam dirinya. Tiada lagi rasa gentar, takut, mahupun bersalah. Tak keterlaluan jika Mellisa katakan nama Azlan luput dalam ingatannya buat seketika. Yang dapat dia tafsirkan perasaannya sekarang adalah tenang-setenangnya, seperti ingin mengabdikan dirinya pada lelaki yang sedang menyarungkan cincin platinum bertatahkan berlian ini. Oh, indahnya senyumanmu wahai suami..
Mellisa tenang menyalami dan mengucup jemari Hisham. Dengan hati-hati, Hisham mencium dahi isterinya itu. Suasana begitu syahdu. Mellisa mengalirkan air mata. Bersyukur. Entah kenapa? Dia sendiri tidak tahu.
****************************
" Awat dengan hang ni, Lisa? Dari kat tasik tadi dok menung. Hang sedaq dok kite kat mane la ni?" Suara Amira mengejutkan lamunan Mellisa.
" Entah lah dengan puteri ni sorang. Dari tadi dok tenung makanan tu. Min, kenapa? Ada masalah ke?"
" Eh, Erry. Bila masa datang? Tak perasan pon. " Mellisa baru perasan dia sekarang berada di medan selera. Azlan juga bersama mereka.
" Ya Allah, ape kena dengan hang ni? Cheq tak paham la. Bukan ke dari tadi lagi Si Lan ni ada kat sini? Lan yang beria-ia nak belanja kiter makan nasi ayam. Hah, sudah, makan jer lah orang dah belanja" Mira berang dengan sikap Mellisa yang buat muka tidak paham.
" Oops, sory Erry. Min tak perasan tadi. Terima kasih yer, nasi ni"
" Tak pe, Erry faham. Min fikirkan boyfriend ye?" Azlan serkap jarang.
"Mira, bak sini kicap tu. Tak syok lah kicap sket je" Mellisa malas nak layan Azlan. Mereka menjamu selera dengan kepala masing-masing masih penuh dengan persoalan.
" Lisa, aku tak paham dengan hang ni,tau dak?"Amira memulakan senjatanya untuk mengorek rahsia dari Mellisa.
" Apa yang kau tak paham sal aku,Mira? Tadi aku memang betul-betul tak perasan Azlan ada kat situ"Mellisa jawab acuh tak acuh,sambil menggantungkan baju di dalam almarinya.
" Hang ni anak sulung,kan?"
" Kenapa? Tak percaya? La kan dah banyak kali aku cakap. Aku tau ramai yang cakap aku sesuai jadik anak bongsu. Entah,manja sangat ke aku ni, Mira? Hehehe"Amira tidak rasa itu lawak.
" Abes tu, saper yang hang habaq abang hang tu? Yang dok mai ambik hang ujung minggu tu" " Adus ,apa aku nak jawab ni?" kata Mellisa di dalam hati.
"Cheq bukan apa, kesian tengok Si Lan nuh. Hang ingat dak yang dia jaga hang mase delegasi ari tu? Yang hang demam tu. Sepatutnya boleh menang, tapi sebab hang punya pasai, kalah pun tak pe"
Mellisa masih ingat peristiwa itu. Azlan bertanding peringkat universiti. Azlan adalah peserta yang hebat, namun disebabkan malam pertandingan peringkat akhir, Mellisa dilanda demam. Azlan terpaksa berjaga malam untuk menjaga kebajikan Mellisa.
" Erry, esok peringkat akhir, kan? Erry perlu tidur malam ni. Please, Erry pergi tidur ye"
" Min, Erry pernah melakukan kesilapan sekali. Dan kini, Erry tak nak kerana mengejar sesuatu yang masih belum pasti, Erry takut sangat Erry akan kehilangan Min sekali lagi"
" Tapi, Erry.. Kita bukan lagi seperti dulu.." Mellisa sudah tak dapat menahan sebak.
" Syhh.. jangan cakap lagi. Min rehat je ye? Erry tahu kita bukan lagi seperti dulu, tapi Erry rasa kita masih belum terlambat." Azlan tersenyum. Kasihan lelaki ini.
"Erry, Min dah kahwin. Min isteri orang, Erry.!!!!" tapi jeritan itu hanya tersekat dikerongkong Mellisa. Dia tak sanggup melukakan hati Azlan. Tapi.... Ah!
"Oit, hang ni! Cheq dari tadi dok tengok hang menung.. Letih tau dak? Ni cheq nak tanya betui-betui ni! Sape yang dok bawak hang kehulu kehilir tu? Dah tu, hang anggap Lan tu sape?" Amira masih tak berpuas hati.
Mellisa rasa dia sudah tak sanggup menahan rahsia ini seorang diri. Dia yakin, Amira boleh membantu meringankan bebannya. Perlahan, air mata Mellisa gugur lagi. Semakin lama, semakin deras.
" Eh, hang ni awat? Jangan wat cheq macam ni. Ok, Cheq tak tanya lagi. Jangan marah dengan cheq!" Amira gelabah, sambil menghulurkan tisu pada Mellisa.
" Mira, aku dah kahwin"
"Hah! Hang jangan wat lawak dengan cheq, Lisa oooii!"
"Aku nak citer ni, ko dengar je... Camni..."
Amira hanya melopong, sesekali dia menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan keputusan yang telah diambil Mellisa. Tidak percaya betapa malangnya kisah percintaan sahabatnya itu.
"Lisa, cheq macam tak caya je yang hang dah jadik isteri orang"
" Janganlah macam tu. Aku citer kat ko sebab aku yakin aku leh cayer kat ko."
"Jangan riso. Ni Amira lah, hang leh cayer kat cheq. Tapi kan Lisa, cheq nak bagi pandangan sket, bleh? Tak elok hang buat Azlan macam tu"
" Aku tahu Mira, tapi nak buat macam mana? Rasa sayang dan cinta aku masih berada pada dia.."
" Cheq yakin hang masih sayang dia. Tapi, cheq tak rasa hang masih cintakan dia.." Yakin Amira melafazkan katanya itu.
" Apa? Macammana ko boleh cakap macam tu? Mestilah aku lebih tahu, ni kan apa yang aku rasa.."
" Hang jangan salah paham, Lisa. Cheq cakap dari segi hang cakap dengan laki hang dan jugak hang dengan si Azlan tu"
" Mira, aku tak paham. Ko pernah tengok aku dengan Hisham? Mana pernah kami jumpa dalam kampus? Ha, lagi satu, kau kena ingat yang aku masih dara, tau? Hisham tak pernah 'sentuh' aku lepas kami kahwin, dan tak akan!"
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "