
PUTRAJAYA: "Umat Islam perlu faham dengan teliti sebelum menyertai mana-mana peraduan kerana bimbang ia menyebabkan mereka terjebak dalam kancah judi moden," kata Penolong Pengarah (Syariah), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Menurutnya, isu mengenai peraduan yang berasaskan hadiah amat kritikal untuk difahami sekali gus memerlukan pemahaman yang lebih menyeluruh di kalangan masyarakat.
"Antara perkara utama yang perlu diberi penekanan oleh masyarakat seperti mengetahui bentuk dan operasi penganjur, adakah penyertaan mereka memerlukan pembayaran seperti yuran dan kos pengurusan.
"Terma dan syarat ditetapkan penganjur juga kadangkala membawa eksploitasi kepada masyarakat berikutan keengganan mereka membuat kajian secara terperinci mengenai syarat dibuat," katanya ketika membentangkan kertas kerja Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah di Simposium Fiqh Mu'asirah di Masjid Putra, di sini, semalam. Simposium anjuran Jakim itu bertemakan Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran dan Penyelesaian, dengan menampilkan lapan pembentang membabitkan pensyarah institusi pengajian tinggi dan pegawai daripada pelbagai.
Program dirasmikan Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin. Hadir sama, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.
Sementara itu, Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, apabila konsep pertandingan dikaitkan dengan hadiah, persoalan utama dalam mengkaji status hukumnya adalah berkait rapat dengan konsep perjudian.
"Perjudian mempunyai dua asas utama iaitu hadiah diambil daripada pertaruhan yang dikeluarkan peserta manakala setiap peserta terbabit tidak terlepas daripada menanggung satu daripada dua kebarangkalian, sama ada untung atau rugi," katanya, dalam kertas kerja bertajuk Amalan Judi Moden: Isu dan Penilaian Syariah.
Cik NiNe Che Kadir
,
Khamis, Mei 12, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Hati-hati judi moden silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "