KUALA LUMPUR, 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.
Mohd Sidek berkata satu hari kelepasan am tambahan ini bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.
"Urusan pewartaan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, masing-masing berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah [Sabah Bab 56] bagi negeri Sabah dan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am Sarawak [Sarawak Bab 8] bagi negeri Sarawak sedang diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing," katanya.
Beliau berkata pengumuman ini diharap dapat mengelak kekeliruan di kalangan orang awam terhadap hari-hari kelepasan am tersebut dan membolehkan perancangan awal dibuat unuk menyambut perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan kelak. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "