
Supermodel Gisele Bundchen memberikan pos menarik pada majlis karpet merah Institut Kebajikan Seni Kostum dan Muzium Metropolitan bagi meraikan perasmian Muzium Alexander McQueen: Savage Beauty di New York, 2 Mei lalu.
LOS ANGELES 9 Mei Model terkenal, Gisele Bundchen mendahului model-model lain sebagai penerima pendapatan paling tinggi dalam senarai pendapatan tertinggi model Forbes 2011 dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM135 juta).
Supermodel itu diikuti rapat Heidi Klum dan Kate Moss dalam senarai tersebut yang menunjukkan peningkatan pendapatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lepas.
Pendapatan Bundchen meningkat daripada AS$25 juta (RM75 juta) kepada AS$45 juta (RM135 juta) hasil daripada pelbagai penajaan.
Pendapatan Klum dan Moss masing-masing juga meningkat dari AS$16 juta (RM48 juta) kepada AS$20 juta (RM60 juta) dan dari AS$9 juta (RM27 juta) kepada AS$13.5 juta (RM40.5 juta).
Model-model lain yang turut berada dalam senarai sama turut mencatat peningkatan pendapatan, tetapi tidaklah setinggi tiga model tersebut.
Pendapatan Adriana Lima yang berada di tangga keempat senarai hanya meningkat setengah juta dolar kepada AS$8 juta (RM24 juta).
Alessandra Ambrosio pula berada di tempat kelima, naik satu tangga daripada kedudukan keenam tahun lalu dengan menerima AS$5 (RM15 juta), sementara di tangga keenam, Daria Werbowy menerima jumlah pendapatan yang sama pada 2010 iaitu AS$4.5 juta (RM13.5 juta).
Kemunculan mengejutkan dalam senarai Forbes adalah Lara Stone yang menerima pendapatan AS$4.4 juta (RM13.2 juta) dan berada di tempat ketujuh.
Kedudukan Carolyn Murphy pula memenuhi jangkaan apabila berada di tempat kelapan dengan pendapatan AS$4.3 juta (RM12.9 juta).
Natalia Vodianova dan Candice Swanepoel masing-masing berada di tempat kesembilan dan ke-10 dengan pendapatan AS$4 juta (RM12 juta) dan AS$3 juta (RM9 juta). - Agensi
Adam Merah
,
Rabu, Mei 11, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Adam Merah
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Gisele Bundchen kekal paling kaya silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "