NEW YORK 12 Mei - Maklumat peribadi pengguna Facebook dipercayai dibocorkan secara tidak sengaja kepada pihak ketiga, terutamanya pengiklan, dalam tempoh beberapa tahun lalu, menurut Symantec Corp di laman blog rasminya.
Pihak ketiga boleh mendapat akses kepada maklumat peribadi seperti profil, gambar dan sembang di samping mendapat keupayaan untuk menyiarkan mesej, menurut pengeluar perisian keselamatan komputer itu semalam.
Symantec mendapati sebilangan aplikasi Facebook khususnya aplikasi IFRAME membocorkan 'token akses' kepada pengiklan.
Ia menggambarkan token itu sebagai anak kunci ganti untuk membuka bahagian tertentu akaun pengguna Facebook.
"Kami menganggarkan sehingga April 2011, hampir 100,000 aplikasi membolehkan kebocoran berlaku.
"Sejak beberapa tahun lalu, ratusan ribu aplikasi mungkin secara tidak sengaja membocorkan berjuta-juta token akses kepada pihak ketiga, sekali gus menimbulkan ancaman keselamatan," menurut blog itu.
Pihak ketiga terlibat mungkin tidak menyedari mereka berupaya untuk mengakses maklumat itu, katanya.
Facebook, laman web rangkaian sosial terbesar di dunia, dimaklumkan mengenai isu itu dan mengesahkan kebocoran dan telah mengambil langkah untuk mengatasinya, menurut Symantec.
Bagaimanapun jurucakap Facebook, Malorie Lucich dalam satu kenyataan mempertikaikan laporan blog itu.
"Malangnya laporan mereka mengandungi beberapa fakta tidak tepat.
"Terutamanya, kami telah menjalankan siasatan menyeluruh yang mendapati tiada bukti isu ini menyebabkan maklumat peribadi pengguna dikongsi dengan pihak ketiga yang tidak dibenarkan," kata Lucich.
Jelas beliau, laporan itu juga tidak mengambil kira kewajipan pengiklan dan pemaju perisian di bawah kontrak yang melarang mereka daripada memperoleh atau berkongsi maklumat pengguna dengan cara yang 'melanggar polisi kami'. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "