Tentulah betul.
Bermacam-macam kajian dilakukan untuk mengesahkan teori bahawa kaum suami mahukan seks lebih daripada isteri mereka.
Dan di situ mungkin timbul masalah.
Pakar hubungan bersetuju, sering kali isu-isu seksual mula timbul apabila terdapat perbezaan antara keinginan seks si suami dan isteri.
Dalam erti kata lain, si suami mahukannya setiap masa, manakala isteri pula mahukannya hanya apabila masanya sesuai.
Jadi, apakah huraiannya jika kemahuan seks anda berbeza daripada isteri? Ingat, hubungan seks yang sihat begitu penting dalam memastikan kejayaan sesebuah rumah tangga.
Berikut lima langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan hubungan intim yang seharusnya menyemarakkan api asmara tidak menjadi pembakar yang memusnahkan pula.
TERIMA HAKIKAT
Jangan malu jika anda sering inginkan seks. Ia tidak bermakna anda ini haiwan seks!
Sebaliknya, ia adalah bukti tarikan anda kepada isteri.
'Lelaki mahu seks lebih kerap daripada wanita pada permulaan hubungan, di pertengahannya dan bertahun-tahun lamanya selepas itu,' kata pakar psikologi sosial, Encik Roy Baumeister.
Beliau menambah: 'Kami suka sekali dengan seks. Memang fitrah kami sebagai lelaki.'
TERIMA ISTERI ANDA JUGA
Hakikatnya, lelaki lebih mudah mengalami kebangkitan nafsu berahi daripada wanita dan ini terbukti menerusi pelbagai penyelidikan sains. Lelaki juga kerap memikirkan soal seks dan sering memiliki fantasi seks.
Namun, wanita tidak begitu.
Keseksualan wanita lebih rumit daripada itu.
Kajian membuktikan nafsu berahi kaum Hawa lebih lemah daripada kaum Adam dan kerap terpengaruh oleh keadaan.
Pendek kata, nafsu berahi lelaki dan wanita berbeza-beza, dan sebagai lelaki, kita harus menghormati hakikat itu.
'Saya rasa lelaki harus akur bahawa secara biologi, mereka diprogram untuk melakukan seks. Sekali gus, ini bermakna, mereka boleh berhubungan intim tanpa melibatkan emosi.
'Tapi dalam hubungan yang bermakna, keperluan dan emosi pasangan mereka perlu diambil kira,' tegas pakar psikologi, Encik Jo Hemmings.
WANITA PERLUKAN EMOSI
Lantas, jika kaum lelaki mahu meningkatkan kehidupan seks anda - dari segi kualiti dan kuantiti - penting untuk mereka memahami keperluan seks wanita.
Pelajari apa yang merangsang keinginan seksnya, sama ada ia dalam bentuk perbualan yang intim atau berpelukan.
Bak kata penulis buku Mating in Captivity, Cik Esther Perel, 'wanita mahu berbual dahulu, bermesra dan kemudian seks. Bagi lelaki, mereka mahu seks'.
Di samping itu, kebanyakan wanita tidak mencapai puncak syahwat semasa seks. Kalau mereka mencapainya sekalipun, ia mengambil masa seganda lebih lama daripada lelaki.
Lantas, bagi wanita, perkara yang berlaku sebelum seks itu lebih penting daripada seks itu sendiri.
PENTINGKAN HUBUNGAN SECARA KESELURUHAN
Jika keinginan seks wanita lebih terangsang jika mereka merasakan kemesraan, lantas hubungan suami isteri yang bahagia, dipenuhi kasih sayang dan saling memuaskan dalam segala hal rumah tangga pasti akan membawa hubungan seks yang lebih baik.
Dalam erti kata lain, jika suami pandai mengekalkan kemesraan dalam rumah tangga, mereka akan menikmati seks secara lebih kerap.
Pasangan yang romantik dan intim di luar kamar tidur lazimnya menghabiskan masa yang lebih lama dan kerap ketika di kamar.
Jika anda hanya mencurahkan kemesraan di katil, si isteri pasti tidak selera.
Seperti kata Encik Hemmings, lelaki perlukan 'kebijaksanaan emosi untuk mengenal pasti bila masa sesuai untuk mengorak langkah bagi mendapatkan layanan seks'.
EMM... ADAKAH ANDA PUNCANYA?
Pada masa yang sama, kaum Adam tidak boleh menolak kemungkinan bahawa anda adalah punca nafsu seks isteri yang semakin berkurang.
Adakah anda gagal 'menjaga diri'?
Adakah lelaki gagah, tampan dan bertenaga yang dikahwini isteri anda, kini telah menjadi gemuk, lesu dan pemalas?
Adakah anda menghabiskan wang anda membeli permainan komputer, dan bukan pakaian untuk kelihatan segak dan kemas?
Adakah anda ambil sikap acuh tak acuh kepada penjagaan diri?
Mungkinkah, walau isteri masih mencintai anda, beliau tidak tertarik lagi kepada anda secara seksual?
Jika jawapan kepada soalan- soalan ini 'ya', maka huraian kepada masalah seks anda berada di tangan anda sendiri.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "