"Kami (ahli keluarga Osama) tidak yakin dengan ketiadaan mayat, gambar dan video bagi membuktikan bapa kami sudah mati," kata Omar dalam kenyataan bertulis kepada akhbar AS, The New York Times.
Presiden AS, Barack Obama mengumumkan Osama terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pasukan tentera AS di rumah pemimpin Al-Qaeda itu di Abbottabad, Pakistan, 1 Mei lalu.
Obama turut mengumumkan mayat Osama dikebumikan di dasar laut dan melarang gambar mayat pemimpin Al-Qaeda itu dikeluarkan sebagai bukti pembunuhan sehingga mencetuskan tanda tanya mengenai kematiannya.
Sementara itu, seorang lagi anak Osama, Hamza, 20, dilaporkan hilang selepas serangan tentera AS di kediamannya itu.
Namun, kerajaan AS menafikan bahawa pasukan khas negara itu menculik Hamza dan menegaskan hanya mayat Osama yang diambil selepas serangan itu.
Anak Osama kecam AS
WASHINGTON 11 Mei - Anak-anak lelaki Osama bin Laden mengecam Amerika Syarikat (AS) kerana membunuh bapa mereka dengan 'sewenang-wenangnya'.
Dalam kenyataan yang diberikan kepada akhbar New York Times (NYT) semalam, mereka melahirkan kesangsian Osama sudah mati memandangkan tiada bukti yang berupa mayat, gambar atau video untuk mengesahkan kematiannya.
"Bagaimanapun jika benar Osama sudah mati seperti didakwa oleh AS, kami mempertikaikan mengapa seorang lelaki yang tidak bersenjata tidak ditangkap dan dibicarakan di sebuah mahkamah undang-undang supaya kebenaran didedahkan kepada seluruh dunia," menurut kenyataan itu.
Mesej kepada NYT itu dipercayai disediakan atas arahan anak lelaki keempat Osama, Omar bin Laden, 30, yang telah berkali-kali menyatakan beliau tidak menyokong ideologi bapanya.
"Kami berpendapat pembunuhan itu dilakukan sewenang-wenangnya dan ia bukan penyelesaian terhadap masalah politik," kata mereka.
Mereka menganggap pembunuhan Osama oleh skuad pembunuh elit AS pada 2 Mei lalu sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa dan mempersoalkan mengapa bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic diberi peluang untuk dibicarakan.
Kenyataan itu turut menggesa pihak berkuasa Pakistan supaya membebaskan ketiga-tiga isteri Osama dan anaknya yang lain.
AS masih berusaha untuk mendapatkan kebenaran Pakistan bagi menyoal siasat tiga balu tersebut dengan harapan untuk memperoleh maklumat lanjut tentang kegiatan al-Qaeda dan tahun-tahun terakhir Osama.
Dalam kenyataan berasingan disiarkan oleh laman web militan, anak-anak ketua al-Qaeda itu juga menyelar 'misi jenayah' atas arahan Presiden AS, Barack Obama yang 'memusnahkan sebuah keluarga yang tidak berdaya mempertahankan diri'.
Keluarga itu juga telah dihina dan diaibkan dengan tindakan AS mengebumikan jenazah Osama di laut, kata mereka. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "