
Pesakit diabetes, darah tinggi berusia 30 tahun ke atas meningkat
KANGAR: Seramai 6.2 juta penduduk negara ini berusia 30 tahun ke atas menghidap dua penyakit tidak berjangkit (NCD) utama, iaitu diabetes dan darah tinggi yang menjadi penyebab utama kematian pramatang.
Mengikut Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2006, seramai 1.4 juta penduduk Malaysia dianggarkan menghidap diabetes dan selebihnya 4.8 juta darah tinggi atau hipertensi.
Malah, rekod NHMS menunjukkan kes diabetes di kalangan penduduk Malaysia dewasa berusia 30 tahun ke atas meningkat 79 peratus, iaitu daripada 8.3 peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.
"Kes darah tinggi turut mencatat meningkat kepada 42.6 peratus pada 2006, berbanding hanya 32.9 peratus yang direkodkan 10 tahun sebelum itu," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai.
"Angka itu adalah sekadar anggaran dan kami menjangka jumlah sebenar sekarang jauh lebih tinggi memandangkan rekod terkini hanya berdasarkan tinjauan pada 2006.
"Justeru, bagi tempoh empat tahun akan datang, Kementerian Kesihatan akan memberikan tumpuan khusus kepada usaha menangani NCD yang turut mengisi kedudukan teratas senarai 10 penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital kerajaan," katanya di sini, semalam.
Terdahulu, beliau mengiringi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, mencemar duli merasmikan program Perlis Sihat Sejahtera yang dianjurkan sempena Hari Keputeraan ke-68 baginda di Dewan 2020, di sini. Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Sementara itu, Liow berkata, dalam usaha memastikan rekod yang lebih terkini, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk menjalankan NHMS secara lebih kerap, iaitu empat tahun sekali, berbanding 10 tahun sekali seperti sekarang.
"Jika NHMS dilakukan lebih kerap, kita berupaya mengenal pasti perkembangan serta trend penyakit dengan lebih cepat, sekali gus memudahkan tindakan diambil untuk mengatasinya," katanya.
Mengenai denggi, Liow berkata, sejak Januari lalu 7,362 kes dikesan di seluruh negara dengan 12 kematian.
"Jumlah itu, walaupun menurun berbanding 17,296 kes dengan 56 kematian yang direkod tempoh sama tahun lalu, masih dianggap membimbangkan," katanya
Muhammad Ttuyup
,
Khamis, Mei 12, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Muhammad Ttuyup
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
6.2 juta hidap dua penyakit silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "