2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Satu dekad untuk dibaik pulih

Jepun anggar kemusnahan kawasan dilanda tsunami RM902 bilion
 
TOKYO: Pembinaan semula pekan dan bandar Jepun yang musnah teruk akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu akan mengambil masa sekurang-kurangnya sedekad, kata panel penasihat kerajaan semalam.
 
"Tiga tahun pertama diperlukan untuk tugas membina semula jalan dan membaik pulih rumah sementara," kata ahli Majlis Reka Bentuk Pembinaan Semula Jepun, Jun Iio.
 
Majlis itu ditubuhkan selepas gempa bumi melanda bertujuan memberi nasihat perundingan kepada kerajaan mengenai usaha membaikpulih.
 
Lio yang juga penganalisis politik memberitahu wartawan lebih empat tahun lagi diperlukan untuk membina semula pekan dan ia memerlukan lebih lama untuk mencapai pemulihan sepenuhnya.
 
"Kita harus ingat yang kawasan yang terjejas akibat gempa bumi lebih besar dari Kobe," kata lio yang merujuk kepada gempa bumi kuat pada 1995 di bandar besar Jepun.
 
Majlis itu berkata gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac yang meninggalkan kemusnahan pada bandar timur laut Jepun, menyebabkan sekurang-kurangnya 13,000 terkorban, 130,000 lagi penduduk terpaksa berlindung di pusat perlindungan dan kemusnahan dianggarkan mencecah AS$300 bilion (RM902 bilion).
 
Perbezaan fahaman politik perlu dipinggirkan bagi membolehkan pembinaan semula dijalankan dengan berkesan, kata majlis berkenaan.
 
"Usaha pembinaan semula perlu melangkaui isu politik. Kita boleh meminta pandangan daripada parti pembangkang selain parti memerintah," kata pengerusi majlis itu yang juga Presiden Akademi Pertahanan Kebangsaan Jepun, Makoto lokibe.
 
Jumaat lalu, Kabinet Jepun meluluskan hampir AS$50 bilion (RM150 bilion) bagi perbelanjaan pembinaan semula selepas gempa bumi. Pakej seterusnya membabitkan cukai selain meminjam pada pasaran bon yang turut mengikat Jepun kepada bebanan hutang. - Reuters
Unknown , Khamis, April 28, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog