PEMBERONTAK menyusun peluru anti pesawat di sebuah pusat pemeriksaan di Ajdabiyah, semalam. Tentera Gaddafi tanam periuk api
BENGHAZI: Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilapor memasang periuk api di kawasan sekitar bandar Ajdabiyah.
Aktivis hak asasi manusia dan pakar periuk api menyifatkan tindakan itu sebagai peningkatan dalam elemen baru pada peperangan di timur negara itu.
Jerangkap itu termasuk periuk api antikereta perisai buatan Brazil dan periuk api antikereta kebal buatan Mesir. Dua lapangan periuk api ditemui oleh anggota pengawas beberapa hari selepas pengunduran tentera Gaddafi dari Ajdabiyah. Ia dipercayai dipasang sepanjang 10 hari mereka menduduki semula bandar persimpangan itu, 150 kilometer ke selatan Benghazi, kubu kuat pemberontak.
Bagaimanapun, tentera Gaddafi kini menguasai semula bandar berkenaan selepas melancarkan serangan balas kelmarin.
Pengawas hak asasi manusia di Benghazi, Peter Bouckaert berkata, pasukannya turut menemui puluhan ribu simpanan periuk api yang ditinggalkan tentera Gaddafi di Benghazi. - Reuters
+
Menteri Luar Libya paling tadah
Menteri Luar letak jawatan
LONDON 31 Mac Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menerima satu lagi tamparan apabila Menteri Luar, Mussa Kussa tiba di Britain lalu memberitahu pegawai-pegawai di sini bahawa beliau meletakkan jawatan dan tidak mahu lagi mewakili rejim di Tripoli.
Kussa tiba di Lapangan Terbang Farnborough, barat London, semalam.
"Beliau datang ke sini dengan kerelaan sendiri dan memberitahu kami, beliau meletakkan jawatan," menurut satu kenyataan Jabatan Luar Britain.
Kenyataan itu menggambarkan Kussa sebagai seorang tokoh paling kanan dalam kerajaan Gaddafi dan berperanan mewakili rejim di peringkat antarabangsa, sesuatu yang beliau tidak lagi sanggup melakukannya.
"Kami menggalakkan mereka yang berada di sisi Gaddafi supaya meninggalkannya dan menerima masa depan lebih baik untuk Libya bagi membolehkan peralihan politik dan pembaharuan sebenar yang memenuhi aspirasi rakyat Libya," menurut kenyataan itu.
Kussa, 59, tiba di London dari Tunisia, di mana beliau tinggal selama dua hari setelah memasuki negara jiran itu mengikut pintu sempadan Ras Jdir.
Tripoli dalam kenyataan rasmi menggambarkan lawatannya ke Tunisia sebagai 'lawatan peribadi'.
Kemudian apabila beliau dilaporkan dalam perjalanan ke London, pihak berkuasa Libya berkata, beliau menjalankan 'misi diplomatik'.
Peletakan jawatan Kussa adalah tamparan terbaru kepada rejim Gaddafi, selepas beberapa anggota kanannya termasuk menteri dan pegawai kanan tentera berpaling tadah sejak pemberontakan menentang pemerintahannya bermula lebih sebulan lalu.
Selaku Menteri Luar sejak Mac 2009, Kussa memainkan peranan penting dalam usaha Libya untuk menggilap reputasinya di peringkat antarabangsa sebelum berlaku krisis sekarang, termasuk dengan meyakinkan Gaddafi supaya membubarkan program nuklear Libya.
Sementara itu di Brussels, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengetuai semua operasi di Libya mulai 0600 GMT hari ini (2 petang waktu Malaysia), dengan mengambil alih peranan itu daripada tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan udara ke atas tentera Muammar Gaddafi sejak 19 Mac lalu.
Pakatan 28 negara itu mengambil alih kuasa pemerintahan ke atas operasi udara antarabangsa di Libya, kata Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen. AFP
+
Puluhan orang awam terbunuh: Pegawai Vatican
ROME: Sekurang-kurangnya 40 orang awam terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Barat di Tripoli.
"Apa yang dikatakan serangan kemanusiaan itu membunuh puluhan orang awam di beberapa kawasan kediaman di Tripoli," kata pegawai kanan Vatican di ibu negara Libya itu, Giovanni Innocenzo Martinelli kepada sebuah akhbar Katolik.
Beliau turut mengesahkan sebuah hospital turut musnah akibat serangan itu. - Reuters
+
Perisik CIA, MI6 aktif di Libya
WASHINGTON: Berpuluh-puluh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat dan rakan mereka dari Britain, MI6 sudah bergerak membantu penentang Muammar Gaddafi ketika kedudukan pemimpin di Libya itu semakin tergugat dengan pembelotan Menteri Luarnya, Mussa Kussa, semalam.
Presiden Barack Obama menandatangani arahan sulit mengarahkan bantuan kepada penentang Gaddafi dengan mengumpul maklumat membolehkan serangan lebih berkesan dilakukan terhadap tentera Libya yang menentang pemberontak.
Obama menandatangani dokumen diberi nama 'Presidential finding' (Perintah Presiden) dua atau tiga minggu lalu yang membenarkan operasi rahsia itu dilancarkan, kata pegawai.
Di LONDON, Mussa Kussa disoal pihak berkuasa Britain berpaling tadah yang dianggap memberi semangat kepada penentang Gaddafi, pembelotan terbaru pegawai kanan Libya.
Mussa, bekas ketua perisikan Libya dan bekas duta ke Britain. Beliau tiba secara suka rela di lapangan terbang Farnborough.
"Beliau memberitahu sudah meletak jawatan. Kami sedang berbincang dengannya dan akan mengeluarkan perincian lanjut tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Mussa, 59, terbang ke Britain selepas dua hari melakukan kunjungan peribadi di Tunisia.
Di AJDABIYAH, tentera Gaddafi menawan semula bandar Brega yang sebelum ini dikuasai pemberontak dan meneruskan kemaraan ke sebuah lagi bandar utama di timur negara itu.
Serangan udara Tentera Bersekutu memberi kesan kepada tentera Gaddafi tetapi angkatan darat beliau mempunyai kelengkapan senjata yang lebih canggih, tersusun dan terlatih berbanding pemberontak.
Tentera dilihat terus meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi dengan serangan udara di beberapa bahagian lain di Libya.
Mereka dikatakan sedang mengadakan perbincangan bagi mencari negara yang sanggup memberi perlindungan kepada pemimpin Libya itu.
Gaddafi setakat ini tidak menunjukkan tanda beliau bersedia mengalah, sebaliknya berikrar untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir. AFP/Reuters/AP
+
Serangan tentera tak mampu tumbangkan Gaddafi: Itali
Menteri Luar Itali, Franco Frattini yang akan berunding dengan anggota utama pemberontak Libya berkata demikian selepas berita mengenai Menteri Luar Libya, Mussa Kussa, antara penasihat paling rapat Gaddafi, berpaling tadah ke Britain.
"Bukan tindakan ketenteraan yang boleh memaksa Gaddafi meletak jawatan. Sebaliknya ia boleh dilakukan menerusi tekanan antarabangsa untuk menggalakkan orang yang rapat dengannya berpaling tadah," kata Frattini.
"Mereka sudah sedar atau akan sedar sedikit masa lagi bahawa rejim itu sudah terpencil di peringkat antarabangsa dan Gaddafi tidak akan menjadi sebahagian daripada penyatuan semula Libya," katanya. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "