KUALA LUMPUR, 25 April - Langkah Kementerian Kesihatan menyekat penjualan makanan tidak sihat di kantin-kantin sekolah harus disokong oleh orang ramai kerana makanan-makanan sebegini juga boleh memberi kesan kepada buah pinggang.
Seorang pakar buah pinggang dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Datin Dr Norella Kong berkata lonjakkan jumlah pesakit buah pinggang baru yang menjangkau sehingga kira-kira 3,000 tiap tahun adalah satu fenomena yang membimbangkan.
Beliau berkata amalan cara hidup yang tidak sihat di kalangan orang ramai, seperti tidak mempedulikan makanan berkhasiat, adalah antara antara sebab jumlah pesakit buah pinggang terus meningkat setiap tahun.
"Sejak di awal usia, semasa mereka makan makanan yang tidak berkhasiat, ia akan membawa kepada gangguan terhadap buah pinggang. Saya amat bersetuju jika pihak kementerian dapat tampilkan peraturan mengenai makanan berkhasiat di sekolah-sekolah, jumlah pesakit buah pinggang ini mungkin akan berkurangan," katanay kepada pemberita di Pusat Dialisis MAA-Medicentre Kidney Charity di sini Isnin.
Berdasarkan National Renal Registry, jumlah pesakit yang terpaksa menjalani dialisis akibat sakit buah pinggang meningkat daripada 6,689 pada tahun 2000 kepada 21,159 pada tahun 2009.
Garis panduan baru berkaitan makanan yang dijual di kantin sekolah, yang turut merangkumi kekerapan sesuatu jenis makanan disediakan, dijangka akan dikeluarkan bulan depan.
Terdahulu Naib Presiden MMA-Medicentre, Aliyah Karen berkata beliau menerima derma RM1.4 juta menerusi "Direct Mailer Appeal Project" yang dimulakan sejak bulan Disember lepas.
Beliau berkata pihaknya akan menggunakan wang derma itu untuk membeli mesin dialisis baru dan membuat beberapa pengubahsuaian kepada pusat yang dibina sejak 1994 itu.
"Menerusi Direct Mailer Appeal Project ini, satu pesanan peribadi yang merayu sokongan dan sumbangan derma disampaikan secara rawak kepada 130,000 rakyat Malaysia Disember lepas," katanya.
Dengan sumbangan itu, jumlah mesin dialisis dan di 12 pusatnya kini meningkat kepada 178, memberi manfaat kepada 700 pesakit.
Pusat Dialisis MAA-Medicare Kidney Charity merupakan satu badan pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh syarikat insurans MAA bagi membantu pesakit buah pinggang di seluruh negara. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "