
Kajian dapati mereka pelupa, tergamam
TOKYO : Pernahkah anda terfikir ekspresi keliru dan bosan di wajah lelaki ketika berbual dengan wanita cantik seperti dalam filem seperti There's Something About Mary hanya sekadar lakonan, anda silap jika beranggapan sedemikian.
Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik.
Idea itu datang apabila seorang daripada penyelidik itu mendapati beliau tidak mampu mengingati alamat rumah semasa berbual kali pertama dengan wanita yang menarik minatnya.
Dalam usaha membuktikan teori mereka, penyelidik itu membuat kajian terhadap 40 pelajar lelaki heteroseksual, lapor J Cast.
Pelajar itu diminta melakukan ujian memori yang standard iaitu mereka perlu menghafal beberapa ayat dan mengulanginya. Kemudian mereka diarahkan berbual beberapa minit dengan kumpulan lelaki dan wanita sebelum mengulangi ujian hafalan itu.
Kajian itu mendapati, lelaki lebih lambat dan kurang tepat memberi jawapan selepas berbual dengan kumpulan wanita cantik itu. Lebih menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah.
Lebih mengejutkan, apabila ujian sama dilakukan terhadap sekumpulan wanita, tahap memori mereka sama tidak kira mereka bercakap dengan lelaki atau wanita.
Menurut ahli psikologi itu, hasil penyelidikan itu membuktikan lelaki diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, mere-ka lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama apabila berdepan dengan cabaran baru, lapor J-Cast.
Kajian itu mempunyai implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan peperiksaan pelajar lelaki di sekolah campur.
"Jika lelaki hilang fungsi kognitif apabila berbual dengan wanita cantik di tempat kerja, lebih baik tidak mengambilnya bekerja dalam syarikat," kata seorang lelaki Jepun berusia 30 an yang bekerja di sebuah syarikat terkenal kerana mengambil wanita cantik bekerja. - Agensi
Muhammad Ttuyup
,
Rabu, April 27, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Muhammad Ttuyup
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Lelaki jadi bodoh depan wanita cantik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "